Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 12:07 AM
"Kes
anak PM lebih serius," Wan Azizah
Kerajaan
didesak supaya menyiasat dakwaan bahawa syarikat milik anak Perdana
Menteri, Scomi Precision Engeneering Sdn Bhd (Scope), mengeluarkan
unit 'centrifuge' untuk membuat senjata nuklear.
Presiden
keADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, kenapa Ketua
Pemuda keADILan, Ezam Mohd Nor dan rakan-rakannya ditahan di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan tiada bukti atas dakwaan
memiliki molotov cocktail dan 'rocket launcher' sedangkan kes membuat
komponen senjata nuklear ini lebih serius lagi.
Beliau
mengulas isu tersebut dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen
Wanita BA di Markas Tarbiyah PAS Pusat pada 7 Februari lalu.
Baru-baru
ini media melaporkan bahawa sebuah kapal kontena yang membawa 14
komponen 'centrifuge' untuk membuat senjata nuklear telah di tahan
oleh pihak perisikan Jerman semasa dalam perjalanannya ke Libya
tahun lalu.
Kotak-kotak
itu dicop dengan nama Scope, anak syarikat Scomi Group yang dikuasai
oleh Kamaludin Abdullah, anak lelaki Perdana Menteri Abdullah Badawi.
Saham
Scomi telah melonjak naik selepas diapungkan di Bursa Saham Kuala
Lumpur (BSKL) tahun lepas.
"Kes
ini amat berat, lagi pun syarikat yang dikaitkan ini syarikat yang
turut dipunyai oleh anak Perdana Menteri," kata Dr Wan Azizah.
Sebelum
sidang akhbar itu, Dr. Wan Azizah telah merasmikan Konvensyen Pilihanraya
Wanita Barisan Alternatif yang bertemakan 'Wanita - Bersama Malaysia
Baru' yang berlangsung di Dewan Besar Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar
Kuala Lumpur.
Konvensyen
yang merupakan kali pertama dianjurkan oleh jawatankuasa penyelaras
Jentera Pilihanraya Wanita Barisan Alternatif turut dihadiri oleh
kesemua pimpinan tertinggi kedua parti, PAS dan keADILan.
|