Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 12:08 AM
Kadar
kemiskinan Kelantan turun kepada 12.4 peratus
Kerajaan
Kelantan pimpinan Barisan Alternatif (BA) sehingga kini berjaya
mengurangkan kadar kemiskinan daripada 29.9 peratus pada 1990 kepada
12.4 peratus (tahun 2002).
Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat, Pembangunan Wilayah dan Sumber
Manusia, Haji Hassan Mohamood berkata, kadar kemiskinan tersebut
berjaya dikurangkan dari semasa ke semasa hasil kesungguhan kerajaan
negeri.
Menjawab
soalan Wan Husain Wan Ahmad (PAS - Pengkalan Kubur) katanya, kadar
kemiskinan tersebut turun daripada 29.9 peratus (1990) kepada 22.9
(1995), 19.2 peratus (1999) dan 12.4 peratus (2002).
Menjawab
soalan tambahan Haji Buni Amin Hamzah (PAS - Salor) beliau berkata,
kerajaan negeri bersetuju untuk menggunakan indeks kadar harga pengguna
bagi mengukur tahap kemiskinan keluarga secara mutlak.
Pengerusi
Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan
Kesihatan, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, di Kota Bharu sekarang
terdapat empat pusat perubatan swasta iaitu Hospital Pakar Perdana,
Kota Bharu Medical Centre, Pusat Perubatan Komuniti dan Pusat Bersalin
An Nisa'.
“Selain
itu, terdapat 189 klinik swasta yang beroperasi di seluruh Kelantan
sekarang. Ini menggambarkan taraf kehidupan rakyat negeri ini tinggi
setanding negeri lain," katanya menjawab soalan Drs Zainuddin
Awang Hamat (PAS - Limbongan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri
pada 16 Februari 2004 lalu.
|