Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 11:39 AM
Eric
Chia tersungkur selepas Mahathir tinggalkan pentas
Bekas
pengarah urusan Perwaja Steel Sdn Bhd Tan Sri Eric Chia Eng Hock
ditahan oleh pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR), di kediamannya
di Petaling Jaya pada jam 3.35 petang, 9 Februari 2004 lalu.
Pada
10 Februari, dia dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa
atas kesalahan pecah amanah melibatkan RM76.4 juta.
Beliau
mengaku tidak bersalah.
Dia
dibawa ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir, yang menetapkan
tarikh perbicaraan pada 2 hingga 27 Ogos tahun ini.
Chia
,71, diberi ikat jamin sebanyak RM2 juta.
Paspot
Eric diambil. Anaknya telah menjelaskan ikat jamin dengan sandaran
hartanah bernilai RM2.6 juta sebagai jaminan.
Eric
Chia memberitahu pemberita: “Saya akan lawan sehingga ke akhir.
Saya tiada apa-apa yang hendak disembunyikan.”
Peguam
Negara Tan Sri Gani Patail mengetuai pendakwaan.
|