Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 11:42 AM
Siswa
harap bukan gimik politik
Barisan
Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) menyambut baik tindakan Badan
Pencegahan Rasuah berhubung kes Perwaja yang sudak sekian lama dinanti-nanti
oleh rakyat Malaysia.
Tindakan
mengangkap dan menghadapkan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel
Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia ke mahkamah dilihat sebagi suatu yang
prositif ke arah mencegah jenayah rasuah dan penyelewengan kewangan
negara.
Eric
Chia, 71, didakwa tidak jujur ketika mengarahkan pembayaran kepada
satu syarikat Jepun, NKK Corporation melalui syarikat yang tidak
wujud Frisham Enterprise Inc, di Hong Kong pada 18 Feb 1994 yang
melibatkan wang sebanyak RM76.4 juta.
Beliau
telah didakwa di bawah seksyen 409 Kanun Jenayah ynag boleh membawa
hukuman penjara sehingga 20 tahun, rotan dan denda.
Penangkapan
Tan Sri Eric Chia menjadi satu titik permulaan kepada penyelesaian
kes Perwaja. Kes ini telah lama diperdebatkan. Ini memberi makna
bahawa penyelesaian kepada kes Perwaja sebenarnya baru sahaja mula.
Penyiasatan
berhubung kes ini dilakukan selepas pendedahan dibuat di Parlimen,
pada 31 Disember Perwaja rugi sebanyak RM2.98 billion termasuk hutang
bank sebanyak RM7 billion.
Mahasiswa
benar benar mengharapkan agar tindakan menangkap dan membicarakan
bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd. adalah suatu tindakan
yang konsisten dan benar benar bertujuan untuk meyelesaikan masalah
rasuah dan penyelewengan di alam pentadbiran negara.
BBMN
bimbang dengan apa yang dilakukan pihak BPR hanyalah berbentuk gimik
politik dan bertujuan untuk berkempen menjelang pilihanraya umum
yang ke-11.
Sekiranya benar dan telus
kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam menangani
gejala rasuah, pastikan kes yang didakwa benar-benar diputuskan
oleh mahkamah tampa campur tangan pemerintah.
BBMN menyokong usaha kerajaan
mengenakan tindakan ke atas pegawai-pegawai kerajaan yang didapati
terlibat dengan rasuah. Tetapi tidak cukup dengan itu sahaja, kerajaan
tidak semestinya berskap ‘double-standard’ dengan mengamalkan dakwaan
terpilih.
Mana-mana
menteri yang didakwa terlibat mesti dikenakan tindakan yang sama
malah lebih tegas kerana mereka diamanahkan untuk mengurus sebahagian
besar khazanah negara.
|