Seruan
Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 11:48 AM
Mahathir
benarkan penyelewengan Perwaja - Anwar
“Tahniah
kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR)kerana akhirnya berjaya mendakwa
Tan Sri Eric Chia atas pertuduhan rasuah yang melibatkan penyelewengan
syarikat Perwaja.
Masalah
penyelewengan Perwaja telah saya bentangkan di Parlimen pada Disember
1996, selepas menunjukkan berlakunya kelemahan pengurusan yang melibatkan
Eric Chia sepertimana yang diperakui oleh syarikat juruaudit bebas
Price Waterhouse.
Laporan
itu juga menyebut pembayaran yang dicurigai sebanyak RM13 juta kepada
syarikat guaman V.K Lingam.
Selanjutnya
saya telah melantik Price Waterhouse Coopers untuk membuat siasatan
menyeluruh dan mereka telah menyiapkan laporan penuh pada awal tahun
1998.
Laporan
tersebut mengesahkan penyelewengan Perwaja termasuk kelulusan kewangan
tanpa proses tender atau kelulusan Kementerian Kewangan, dengan
menunjukkan bukti kelulusan langsung dari Perdana Menteri ketika
itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Saya
telah memberi keyakinan penuh kepada BPR yang menjalankan siasatan.
Pada
awal 1999, saya telah membuat laporan polis berserta laporan Price
Waterhouse Coopers untuk mengesahkan penglibatan rasuah Eric Chia
serta Mahathir.
Malangnya,
sehingga kini saya tidak disoal-siasat sebagai saksi walaupun saya
punya maklumat yang secukupnya mengenai penyelewengan Perwaja yang
kini dibebani tanggungan RM11 bilion.
Nyata
sekali pihak bertanggugjawab sengaja mengelak daripada memperolehi
keterangan dari saya kerana muslihat melindungi tokoh-tokoh terbabit
dalam skandal tersebut.
Saya
menggesa pihak bertanggung jawab supaya jangan menyempitkan kes
pendakwaan dengan bersubahat melindungi perasuah besar dikalangan
pemimpin-pemimpin politik.
Ini
lebih ketara manakala tindakan ke atas perasuah yang semakin hebat
hanya terbatas kepada pesalah-pesalah peringkat bawahan.
Perasuah
besar, yang terlibat dengan komisyen ratusan juta ringgit oleh menteri-menteri
kabinet dalam kes pembelian senjata, pengagihan saham tidak diambil
tindakan.
Bahkan
dalam kes pertuduhan terhadap Rafidah Aziz dan Rahim Thamby Chik,
dengan bukti pendakwaan yang ditandatangani oleh Peguam Negara,
Gani Patail masih dibenamkan.
Pihak
pendakwaraya sibuk bergelut dengan ikan-ikan bilis dan melepaskan
jerung!
|