Seruan Keadilan Online - Sunday, March 7, 2004 11:24 AM

MINDA ANWAR

Seni untuk elitis terpisah dari masyarakat

Untuk beberapa dasawarsa, di kebanyakan negara membangun, seni telah mengambil tempat yang terpinggir. Keadaan itu tidak menghairankan bagi masyarakat yang hanya baru-baru ini mendapat kebebasan daripada penjajah-penjajah mereka.  Justeru perhatian ditumpu kepada perkara yang mendesak: khususnya pembentukan dan pengukuhan orde sosio-politik untuk memastikan keamanan dan keselamatan rakyat dan harta mereka; dan menggunakan sumber-sumber bagi pembangunan ekonomi sebagai cara menghapuskan kemiskinan, mengurangkan penderitaan dan menyediakan keadaan hidup yang baik.

Tambahan kepada itu, terdapat elemen dalam dunia seni kontemporari yang tidak kurang menyebabkan masyarakat memandang serong terhadap seni. Seni kontemporari cenderung menjadi elit dan menjauhkan dirinya daripada orang biasa.  Malah, senarai maksud perkataan ‘seni’ itu sendiri digunakan dalam ertikata yang sempit. Seni kini, sering dikaitkan dengan keindahan yang terpisah daripada kegunaan; walaupun hubungan antara kegunaan dan ilmu pengetahuan adalah lebih intim.

Hubungkait yang ketara masyhur menggambarkan kecenderungan dalam abad ke 19, yang menggabungkan teori seni kepada keindahan. Ini akan membawa kepada pengenalan seni dengan satu jenis seni – apa yang dipanggil “seni halus”. Penggunaan yang sempit ini telah menjadi terbiasa sehingga kita merujuknya muzium seni atau pameran seni, seolah perkataan ‘seni’, eksklusif nama untuk sesuatu yang boleh digantung pada dinding atau diletakkan di atas alas. Oleh itu, seorang antropologis Margaret Mead membuat kesimpulan, “konsep seorang artis dan konsep yang berkaitan daripada seni halus kedua-duanya kejadian buruk yang istimewa, tradisi tempatan di Eropah.”

Bagi seni untuk kembali kepada keadaan “normal” dalam masyarakat, kita mungkin perlu menghidupkan pandangan “normal” terhadap seni, iaitu pandangan yang diketahui dan hidup dalam masyarakat Asia sepanjang zaman, dan juga Barat sebelum ia memilih untuk memisahkan diri daripada masa lampau.

Satu keadaan pelik yang fundamental dalam fahaman seni kontemporari ialah menghadkannya kepada menikmati keindahan semata, memupuk perasaan dan sentimen, dan seni berakhir dengan memberi kepuasan kepada deria dan membangkitkan emosi. Ia tiada kena-mengena dengan kegunaan objek seni tersebut.

Salah satu prinsip asas seni, dilahirkan semasa kurun keempat belas, kata seorang warga Paris Master Jean Mignot, Ars sine scientia nihil, Seni tanpa sains tidak bermakna. Itu mengatakan,  seni dalam ertikata sebenar, ialah sebahagian daripada tradisi intelektual, termasuk falsafah, matematik, metafizik dan kosmologi, antara lain. Oleh itu, sebagai contoh, seni Islam adalah gambaran pandangan dunia Islam dan kebenaran spiritual, daripada gambaran subjektif oleh seseorang artis atau hasil kerja yang tiada tujuan yang berguna dari segi spiritual, moral atau sosial.

Lahirnya dua budaya, mengikut C.P. Snow, iaitu dunia sains dan dunia kemanusiaan, tidak syak lagi lahir daripada pemisahan seni daripada ilmu pengetahuan, manakala dalam masyarakat tradisional, keindahan tidak terpisah daripada kegunaan – suatu objek tidak indah jika ia tidak berguna. Dalam masyarakat begitu, seni yang tidak lahir daripada pengetahuan, bukan sahaja ia tidak seni dari ertikata sebenar, tetapi ia tidak relevan kepada masyarakat.

Jika seni menjadi elitis, ia hanya akan terpisah daripada masyarakat. Tetapi tidak seni bina. Apabila manusia mengambil keputusan untuk keluar daripada hutan, ia terpaksa hidup dalam satu bentuk struktur binaan manusia. Bagi seni bina untuk mengekalkan harmoni antara manusia dan alam semulajadi, ia mesti  menyusun ruang mengikut irama alam semulajadi.

Malangnya, ini bukan yang berlaku hari ini. Selepas Perang Dunia Pertama, satu sekolah perancang dan seni bina diwujudkan di Eropah, dengan pendekatan yang radikal kepada seni bina, perancang dan memberi rumah, dipenuhi dengan memulakan suatu yang baru dan mencipta “manusia baru”.  Le Corbusier menjadi pendokong modernisme yang paling lantang, mempertahankan bentuk bangunan yang bersudut dan besar.

Beliau menyarankan ratusan, malah ribuan orang di bawah satu bumbung rata. Beliau memanggilnya peraturan sudut tepat dan garis lurus; tiada peluang untuk nostalgia dan tradisional, bentuk vernacular. Lagi pun ini zaman mesin dan Le Corbusier percaya rumah-rumah adalah “mesin untuk tinggal di dalamnya”. Dia memuji bandaraya yang mengambil tempat alam semulajadi, dan gembira pembinaan teknologi baru, konkrit, palang besi dan pinggan kaca.

Setelah kota-kota, pantas menjadi kediaman kemanusiaan yang terpenting, cabaran masa depan ialah memberi manusia merasakan keselamatan kewujudan mereka. Bandaraya mesti menjadi ‘sustainable’ dari segi sosial, ekonomi dan ekologi, memenuhi keperluan manusia untuk tempat perlindungan, mata pencarian dan kesatuan sosial.

Ianya mustahil kecuali kita mencari jalan mendapatkan semula keharmonian dengan alam dan mengintegrasi kehidupan kita dengan iramanya. Baginya untuk berjaya, partisipasi aktif manusia dalam membentuk persekitaran bandar amat penting. Tetapi cabaran hari ini menjangkau lebih daripada itu. Kita perlu memahami impak cara kehidupan bandar di atas bumi dan tempat tinggal kita.  Kita mesti bertanggungjawab ke atas cara kehidupan yang ada, yang sesuai dengan mengekalkan biosfera dan semua spesis kehidupan.