Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:30 PM
Yang
bersalah dilindungi, yang melapor dihukum
Wanita
keADILan memuji Kementerian Sumber Manusia kerana menyenarai-hitamkan
majikan yang gagal menubuhkan jawatankuasa khas untuk menguruskan
kepentingan pekerja asing masing-masing.
Menterinya,
Datuk Dr. Fong Chan Onn, berkata jika sudah disenarai hitam, majikan
tersebut tidak boleh menggunakan khidmat pekerja asing lagi.
Namun
begitu, pada 16 Oktober 2003 lalu, Irene Fernandez seorang aktivis
hak asasi kemanusiaan dan juga Timbalan Ketua Wanita keADILan, telah
dijatuhkan hukuman dua belas bulan penjara kerana membela kebajikan
pekerja asing di kem-kem tahanan.
Wanita
keADILan mengecam sikap ‘double standard’ kerajaan dalam menangani
isu kebajikan pekerja asing.
Nampaknya,
jika pihak bukan kerajaan dan swasta melaporkan kesalahan yang dilakukan
oleh badan kerajaan, badan tersebut akan dilindungi oleh kerajaan,
manakala pihak yang melaporkan akan dihukum.
Tetapi
jika kesalahan dilakukan di pihak yang bukan kerajaan, tindakan
akan diambil dengan pantas.
Sikap
melindungi kesalahan kononnya menjaga imej, patut dikikis jika ingin
menjadi bangsa yang disegani dan dihormati.
Kesalahan
akan terus dilakukan jika tidak boleh ditegur, seterusnya akan mengakibatkan
kerugian kepada negara dan bangsa.
Budaya
ini bukan saja berlaku di sektor ini, malah, ia menular dalam kebanyakan
badan-badan kerajaan.
|