Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:29 PM
Umno
bantah undang-undang Islam di Terengganu
Bekas Presiden Umno dan Perdana
Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak undang-undang jenayah Islam
yang diperkenalkan oleh PAS di Terengganu.
Mahathir
dipetik sebagai berkata bahawa beliau tidak menganggap undang-undang
jenayah Islam Terengganu sebagai undang-undang syariah kerana ia
mengandungi “hukuman yang kejam”.
“Ia
undang-undang PAS,” kata Mahathir, yang telah bersara pada 31 Oktober
2003 lalu, selepas 22 tahun memegang tampuk pemerintahan.
“Mereka
boleh melaksanakannya tetapi jika mereka melakukan sesuatu yang
tidak konsisten dengan undang-undang negara, kami akan ambil tindakan
undang-undang”.
Selain
itu, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Zaid Ibrahim turut membuat
permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kebenaran mengemukakan
petisyen untuk pengisytiharan mahkamah bahawa Enakmen Kesalahan
Jenayah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 adalah tidak sah dan tidak
boleh dikuatkuasakan.
Sesetengah
pengamal undang-undang pula berkata bahawa PAS tidak mempunyai hak
untuk melaksanakan undang-undang jenayah yang terletak di bawah
bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
Bagaimanapun,
PAS menegaskan bahawa undang-undang jenayah Islam merupakan perkara
agama yang terletak di bawah bidang kuasa negeri.
Baru-baru
ini, kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS telah mewartakan Enakmen
Kesalahan Jenayah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 untuk jenayah
seperti zina, mencuri, murtad dan lain-lain yang dilakukan oleh
mereka yang beragama Islam.
Hukuman di bawah enakmen
tersebut termasuk direjam sehingga mati mereka yang melakukan zina,
memotong kaki dan tangan pencuri dan 40 hingga 80 sebatan bagi yang
minum minuman keras.
Undang-undang
Hudud dan Qisas, bagaimanapun, tidak dikuatkuasakan bagi mereka
yang bukan beragama Islam.
|