Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:37 PM
4
negeri BN hutang dari Pusat untuk bayar gaji kakitangan
Setiausaha
Parlimen Kementerian Kewangan, Hashim Ismail mengesahkan empat negeri
yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa meminjam
daripada kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan mereka.
Negeri-negeri
berkenaan ialah Johor, Sabah, Pahang dan Perlis.
Beliau berkata demikian ketika
menjawab soalan Nik Amar Nik Abdullah (PAS -Pengkalan Chepa) mengenai
perkara itu ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, 4 November lalu.
Sebelum
itu, beliau turut mengesahkan hutang kerajaan-kerajaan negeri sehingga
31 Julai 2003 adalah sebanyak RM11,596 juta.
Manakala
dalam soal jawab yang sama, Abdul Fatah Harun (PAS - Rantau Panjang)
mengemukakan soalan tambahan meminta supaya dinyatakan pecahan negeri
yang mempunyai hutang dan tunggakan tertinggi dengan kerajaan Pusat
berdasarkan jumlah yang disebutkan.
Hashim
berkata, tujuh negeri paling banyak tunggakan hutang dengan kerajaan
Pusat adalah Kedah sebanyak RM1,557 juta, Sarawak (RM1,463 juta),
Negeri Sembilan (RM1,312.3 juta), Pahang (RM1,284.4 juta), dan Selangor
(RM1,056.8 juta).
Sementara itu kerajaan PAS
di Terengganu dan Kelantan pula hanya menduduki tempat terbawah
dalam senarai negeri paling banyak htang dengan kerajaan Pusat iaitu
masing-masing sebanyak RM871.2 juta dan RM720.2 juta iaitu jumlah
yang sama dengan royalti petroleum yang sepatutnya dibayar kepada
kerajaan Terengganu dalam masa setahun.
|