Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:34 PM
Irene
terkejut keputusan mahkamah
Pengarah
Tenaganita, Irene Fernandez melahirkan rasa terkejutnya apabila
permohonan beliau untuk ke Amerika Syarikat dan Kanada ditolak oleh
Mahkamah Majistret.
Irene
yang juga Timbalan Ketua Wanita keADILan dijadual menyertai mesyuarat
“Human Rights Defenders on the Frontline of Freedom” dari 10 - 12
November 2003.
Beliau
dijemput oleh Carter Centre for Human Rights di Atlanta, di mana
beliau juga dijadualkan menyertai mesyuarat persiapan di Toronto,
Kanada mengenai rancangan mengadakan Persidangan AIDS sedunia yang
dijangka akan diadakan di Bangkok pada Julai 2004 nanti.
“Penolakan
ini menimbulkan soal pokok dalam undang-undang,” kata Irene.
Sebelum
ini, beliau telah didapati bersalah oleh mahkamah di atas dakwaan
membuat tuduhan palsu terhadap penjawat awam dan dikenakan penjara
satu tahun.
Sementara
menunggu proses rayuannya, beliau telah dibenarkan ikat jamin manakala
pasport beliau telah ditahan.
Irene
berkata sepanjang perbicaraannya, beliau telah 42 kali memohon untuk
ke luar negeri dan dibenarkan oleh mahkamah sebelum ini.
“Tetapi
hari ini, permohonan saya untuk mendapatkan pasport tersebut telah
ditolak walaupun sebab yang sama diberikan sebagaimana sebelum ini
iaitu untuk menyertai persidangan di luar negara.
“Alasan
saya boleh memalukan negara dalam program itu nanti tidak wajar
sama sekali kerana ia andaian semata-mata,” kata Irene.
|