Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:12 PM
Peneroka
tidak dapat saham percuma
Keputusan
kerajaan untuk menyenaraikan Felda Holdings Sdn Bhd di Bursa Saham
kuala Lumpur (BSKL) tidak memberikan faedah langsung kepada para
peneroka kerana mereka akan diminta untuk membeli saham yang diperuntukan.
Berdasarkan
maklumat Felda, Kementerian Kewangan yang sebelum ini memberikan
gambaran bahawa para peneroka akan memperolehi peruntukan saham
Felda apabila disenaraikan di BSKL tidak menjelaskan secara terperinci
kaedah pemilikan oleh para peneroka.
Namun,
setelah perincian dibuat berhubung dengan penyenaraian tersebut,
didapati kerajaan akan menawarkan saham kepada para peneroka dengan
mensyaratkan para peneroka membayar saham yang ditawarkan.
Sebelum
ini kerajaan memberikan gambaran bahawa peneroka akan memperolehi
sekurang-kurangnya saham bernilai RM6,000 berdasarkan dana RM2.6
bilion yang dimiliki oleh Felda.
Sekiranya
nilai tersebut diterima pakai, berdasarkan perkiraan semasa dan
purata keuntungan purata RM290 juta setahun, Felda sebenarnya mempunyai
nilai pasaran tidak kurang daripada RM4.35 bilion.
Dengan nilai itu, 150,000
peneroka Felda sepatutnya bukan menerima RM6,000 nilai saham tetapi
sebaliknya perlu menerima RM29,000.
Bagaimanapun
dengan maklumat yang menyebut bahawa para peneroka perlu membayar
untuk mendapat saham Felda, ia bermakna nasib peneroka akan terabai
dan mereka akan mengalami kerugian daripada penyenaraian berkenaan.
Malah
jika keadaan tersebut dibiarkan berlaku, maka akan berkeliaranlah
mereka yang mempunyai kekuatan kewangan di tanah-tanah rancangan
Felda untuk membeli saham Felda daripada para peneroka yang tidak
mampu.
Ini
bermakna peneroka hanya akan diperalatkan oleh mereka yang punyai
sumber kewangan untuk mendapatkan kuota saham yang diperuntukan
kepada para peneroka.
|