Seruan Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 1:17 PM

Lembaga Pengarah nikmati RM7.8 juta

Ahli Lembaga Pengarah Felda Holdings Sdn Bhd menerima RM7.8 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember  2002 sebagai yuran pengarah serta gaji dan faedah.

Jumlah itu  meningkat lebih RM400 ribu berbanding tahun 2001 dengan jumlah keseluruhan yang diterima oleh ahli lembaga pengarah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2001 sebanyak RM7.4 juta.

Ini bermakna 10 ahli lembaga pengarah Felda Holdings menerima secara purata yuran, faedah serta gaji kira-kira RM780,000 setahun setiap seorang.

Berikut adalah senarai ahli lembaga pengarah Felda Holdings Sdn Bhd:

Tan Sri Dr. Mohd Yusoff Nor

Datuk Abdullah Yusof

Dafzil Yunus

R. Sharifuddin Abidin

Mahamood Sarjono

Tan Sri Ishak Tadin

Anne Rodrigures Nee Koh Lan Heong

Ab Rahman Mat

Khamis Mohamed Som (Dilantik pada 2.1.2003)

Datuk Yidris Abdullah (Dilantik pada 23.1.2003)

Khalid Dahlan (Meletak jawatan pada 1.1.2003)

Prof Datuk Dr. Nik Mohd Zin Nik Yusof  (Meletak jawatan pada 15.12.2002)

Ganjaran Pengarah   2002 (RM)  2001(RM)
Yuran bagi tahun   1,283,871  1,214,085
Gaji dan faedah   6,436,620 6,217,686