Seruan
Keadilan Online - Wednesday, December 10, 2003 12:57 AM
Bahagian
I
Serangan
ke atas badan kehakiman
Oleh: Charles Hector
Rejim
Mahathir selama 22 tahun berakhir sudah . Wajar kita semak kesannya
terhadap badan kehakiman Malaysia dan terhadap doktrin pemisahan
kuasa yang wujudnya untuk menafikan sebarang pertindihan kuasa pada
mana-mana tiga cawangan dalam kerajaan yakni -eksekutif, legislatif
dan kehakiman.
1957-1987:
Badan kehakiman yang dihormati
Dari
1957 hingga pertengahan 1980-an, badan kehakiman Malaysia berjaya
membina imej
yang dilihat bebas dan berkecuali serta dihormati umum. Tiada kelihatan
sebarang tuduhan salah-laku, rasuah, memihak atau apa-apa keburukan
dalam tempoh tersebut.
Selepas
Merdeka, kita masih berhak merayu kepada Privy Council [di London]
jika kita tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Persekutuan.
Dengan berlalunya proses rayuan ke Privy Council dan juga rayuan
yang berkurangan, boleh kita andaikan sebagai petunjuk bahawa rakyat
berpuas hati dengan kemampuan badan kehakiman Malaysia. Akhirnya,
diputuskan pada penghujung 1970-an untuk menamatkan rayuan ke Privy
Council. Mahkamah Persekutuan bertukar menjadi Mahkamah Rayuan terakhir
dan bertukar nama menjadi Mahkamah Agung.
Bila
Mahathir menjadi Perdana Menteri - orang pertama tanpa latar belakang
undang-undang
yang menjadi PM - nampak seolah-olah pada mulanya dia menghormati
badan kehakiman.
Semasa
perasmian Asean Law Association General Assembly pada 26 Oktober
1982, beliau
berkata:
“I
will always respect the Judiciary. We do not expect the courts to
be pro or anti Government, only pro the Constitution and pro the
law. The Government always considers the Constitution and the law
carefully before we do anything so we expect the Judiciary to be
free to judge our alleged trespasses without fear or favour, but
in accordance with the law, in accordance with the law of evidence
and procedure justly and fairly. We shall always respect their judgments...”
(“Saya
akan sentiasa menghormati badan kehakiman. Kita tidak mengharapkan
mahkamah bersikap pro atau anti-kerajaan, cuma pro-Perlembagaan
dan pro-undang-undang. Kerajaan sentiasa ingat kepada Perlembagaan
dan Undang-undang sebelum kita lakukan sesuatu, maka kita harapkan
badan kehakiman bersikap bebas untuk menghakimi apa apa pelanggaran
yang kami lakukan tanpa rasa takut atau menyebelahi mana-mana pihak,
tetapi mestilah selaras dengan undang-undang, berlandaskan undang-undang
pembuktian dan prosedur secara adil. Kami akan sentiasa menghormati
penghakiman mereka....”)
Akhir
1986 - Serangan bermula
Beberapa
tahun kemudian, sikap Mahathir berubah. Kemuncaknya ialah keputusan
penghakiman
Mahkamah Agung dalam kes Berthelsen v Director of Immigration, Malaysia
& Ors. Ringkasan kesnya, Ketua Pengarah Imigresen telah mengeluarkan
notis membatalkan pas kerja 2 tahun seorang koresponden Asian Wall
Street Journal cawangan Kuala Lumpur. Mahkamah Agung memutuskan,
oleh kerana Berthelsen tidak diberi peluang membuat representasi
berkaitan pembatalan pas kerjanya maka satu prasyarat ‘natural justice’
tidak dipenuhi. Justeru, mahkamah membatalkan keputusan Ketua Pengarah
Imigeresen terhadap pas kerja itu.
Seterusnya
selepas itu sewaktu memberi komen perihal peranan mahkamah, Mahathir
dilaporkan pada 24 November 1986 dalam majalah Time sebagai berkata:
“The
Judiciary says, ‘Although you passed a law with certain things in
mind, we think that your mind is wrong , and we want to give our
interpretation.’ If we disagree, the courts say, ‘We will interpret
your disagreement.’ If we go along, we are going to lose our power
of legislation. We know exactly what we want to do, but once we
do it, it is interpreted in a different way, and we have no means
to interpret it our way. If we find that a court always throws us
out on its own interpretation, if it interprets contrary to why
we
made the law, then we will have to find a way of producing a law
that will have
to be interpreted according to our wish.”
(“Pandangan
badan kehakiman, ‘Walaupun kamu (legislatif) meluluskan sesuatu
undang-undang dengan sesuatu niat, kami fikir apa yang kamu buat
itu salah, dan kami mahu berikan tafsiran kami.' Jika kita tak bersetuju,
pihak mahkamah akan berkata, ‘Kami akan mentafsirkan bantahan kamu
itu.’ Jika kita teruskan, kita akan kehilangan kuasa legislatif.
Kita tahu apa yang kita mahu lakukan, tetapi bila kita lakukan,
ia ditafsirkan berlainan, dan kita tiada cara untuk ditafsirkan
seperti kehendak kita. Jika kita dapati mahkamah selalu mengenepikan
kita dalam penghakiman mereka, atau jika ia mentafsirkan sesuatu
berlawanan dengan tujuan kenapa kita wujudkan undang-undang itu,
maka kita kena cari jalan untuk mewujudkan undang-undang yang akan
ditafsirkan mengikut kehendak kita.”)
Kenyataan
ini telah menggerakkan satu tindakan undang-undang dari Lim Kit
Siang terhadap PM. Mahkamah Tinggi dan kemudiannya Mahkamah Agung
tidak melayan dan seterusnya membuang kes tersebut.
Kemudian
kes UEM di Mahkamah Agung, dimenangi pihak kerajaan, tetapi pihak
hakim
tidak sebulat suara, dua hakim membantah. Pada waktu itu juga, berlaku
krisis Umno cetusan daripada pertandingan merebut jawatan Presiden
Umno pada 1987. Mahathir yang dicabar Tengku Razaleigh, menang dengan
majoriti paling lekeh sebanyak 43 undi. Sebelas ahli Umno kemudiannya
mencabar kesahihan pemilihan ini mengakibatkan Umno kemudiannya
diharamkan oleh Mahkamah Tinggi.
Rayuan
dikemukakan kepada Mahkamah Agung dan mahkamah menetapkan tarikh
bersidang
pada 13 Jun 1988 dengan 9 orang Hakim Mahkamah Agung.. Yang goyah
dan
terancam sebenarnya adalah survival Umno dan Dr Mahathir sendiri.
Krisis
Kehakiman 1988
Pada
ketika ini, oleh kerana tidak tahan lagi dengan ‘pelbagai komen
dan tuduhan oleh Perdana Menteri terhadap badan kehakiman, yang
dilakukan bukan saja di luar malah di dalam Parlimen’, Ketua Hakim
Negara ketika itu Tun Salleh Abas, setelah bersidang dengan 20 orang
hakim, termasuklah Tun Hamid Omar, mengirimkan surat kepada Yang
DiPertuan Agong dan para Raja/Sultan pada 26 Mac 1988. Kerana surat
ini, Mahathir bertindak - dan Salleh Abas dilucutkan jawatan sebagai
Ketua Hakim pada 8 Ogos 1988 oleh Yang DiPertuan Agong setelah disyorkan
oleh sebuah Tribunal yang dipengerusikan oleh Hamid Omar.
Pada
hari yang sama juga rayuan supaya Umno tidak diharamkan didengari
dan ditolak pada hari berikutnya. Seterusnya berdasarkan syor-syor
dari tribunal kedua yang dipengerusikan oleh Edgar Joseph Jr, yang
ditubuhkan untuk menyiasat perilaku 5 orang hakim Mahkamah Agong
yang digantung tugasnya, Yang DiPertuan Agong menitahkan supaya
dipecat hakim Tan Sri Wan Suleiman dan Datuk George Seah.- Ehsan
Aliran Monthly.
[Bersambung
di keluaran akan datang]
|