Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 10:20 PM
Syarikat
milik Tabung Haji didakwa terlibat penipuan tender
Syarikat
milik penuh Lembaga Tabung Haji, TH Travel & Servives Sdn Bhd
didakwa terlibat dalam penipuan tender kerajaan.
Akhbar
Sunday Mail 5 Oktober 2003 lalu melaporkan TH Travel bersama sebuah
syarikat lain, Denin Bright Sdn Bhd dihadiahkan kontrak untuk membekal
dan memasang peralatan saintifik untuk lima kolej metrikulasi di
Johor, Kedah, Perak, pahang dan Selangor.
Kontrak
bernilai RM20 juta itu dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Akhbar
tersebut memetik sumber yang rapat dengan kementerian itu melaporkan
bahawa syarikat berkenaan terlibat dalam pemindaan dokumen tender,
harga dinaikkan secara tidak munasabah dan barang-barang dibekalkan
melebihi permintaan sebenar.
Pemindaan
dokumen tersebut didakwa dibuat selepas tempoh tender tamat dan
sebelum dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan.
Keraguan
timbul apabila dokumen oleh dua syarikat ini mengandungi banyak
pindaan, berbanding syarikat lain yang mengemukakan tender.
TH
Travel & Services membuat 159 pindaan manakala Denin membuat
enam pindaan.
“Persoalan
yang timbul ialah kenapa Kementerian Pendidikan menerima tender
yang mengandungi pindaan ini walau pun ini bercanggah dengan peraturan,”
kata sumber tersebut.
Seksyen
12.1 Dokumen Untuk Pembekal Tempatan Kementerian Pendidikan menyatakan
borang tender mestilah ‘dipenuhi tanpa sebarang pindaan’.
Kedua
syarikat itu juga didakwa membekalkan peralatan palsu dengan menukar
nama negeri asal pembekal bahan-bahan tersebut.
Sumber
itu seterusnya dipetik sebagai berkata, sekiranya tiada penyelewengan,
harga pembekalan sebenar mungkin sekitar RM5 juta sahaja dan bukannya
RM20 juta.
|