Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 10:21 PM
Setiausaha
SPR ‘ghairah’ dengan Puteri Umno
Suruhanjaya
Pilihanraya Malaysia (SPR) memang mempunyai rekod ‘memuji’ Puteri
Umno yang memperjelaskan sikap tidak berkecuali badan tersebut,
demikian menurut Naib Presiden keADILan, Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau
berkata, isu SPR yag bersekongkol dengan Puteri Umno bukan lagi
merupakan rahsia disebabkan Setiausaha SPR, Datuk Wan Ahmad Wan
Omar sendiri pernah membuat kenyataan terbuka memuji Puteri Umno.
“Dalam satu program di Kedah,
Wan Ahmad pernah berkata berdasarkan penelitian beliau dalam pilihanraya
kecil Pendang dan Anak Bukit, Puteri Umno disifatkan berjaya memainkan
peranan mereka dan disenangi oleh penduduk kampung,” katanya.
Beliau
menyatakan demikian sebagai mengulas laporan Seruan Keadilan berhubung
isu SPR yang bersekongkol dengan Puteri Umno dengan persetujuan
untuk mengambil ahli-ahli Puteri Umno sebagai Pembantu Tadbir Sementara
SPR.
Pengerusi
SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui kesilapan tersebut
dan menjelaskan ia adalah kesilapan yang dilakukan oleh pihak Sekretariat
SPR yang diketuai oleh Wan Ahmad.
Seruan
Keadilan Bil 22 melaporkan surat menyurat antara Puteri Umno dan
SPR yang membawa kepada pengeluaran surat oleh Timbalan Setiausaha
(Pengurusan) SPR kepada Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membuat
pengambilan pegawai tadbir sementara daripada kalangan Puteri Umno.
Menurut
Saifuddin, berdasarkan kepada laporan akhbar The Star pada 29 Jun
2003, Wan Ahmad dilaporkan memuji gerak kerja Puteri Umno yang disifatkannya
sungguh berkesan dan masyarakat kampung menerima baik kehadiran
mereka.
Di
samping itu katanya, Wan Ahmad juga dalam laporan tersebut menjelaskan,
kehadiran Puteri Umno telah berjaya mengurangkan pengaruh Pas di
luar bandar.
Lebih
menghairankan kata Saifuddin, Wan Ahmad turut dilaporkan berkata,
berdasarkan rekod lalu, sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional
di kawasan bandar terutama di Lembah Kelang masih lagi kukuh dan
dengan itu kerusi-kerusi BN di Lembah Kelang boleh dikelaskan sebagai
kerusi selamat BN.
“Kenyataan
Wan Ahmad tersebut jelas bercanggah dengan peranan dan kedudukan
SPR sebagai badan bebas. Wan Ahmad sebagai pentadbir tertinggi SPR
yang mempunyai kuasa eksekutif tidak sepatutnya membuat kenyatan
tersebut,” jelas beliau.
Sehubungan
itu beliau berkata, kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha SPR tersebut
memperjelaskan sikap tidak berkecuali beliau di dalam menjalankan
amanah yang diberikan kepada beliau.
“Maka
tidak harianlah Wan Ahmad selaku pentadbir SPR boleh memberikan
arahan kepada Timbalan Setiausaha Pengurusan SPR untuk mengeluarkan
surat bagi mengambil pembantu tadbir sementara daripada kalangan
Puteri Umno kerana beliau memang ‘ghairah’ dengan Puteri Umno,”
ujar beliau.
|