Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 10:22 PM
Umno
rampas tanah PBS
Umno
Negeri Sabah ‘merampas’ tanah milik Parti Bersatu Sabah (PBS) dan
dijadikan tapak untuk membina bangunan ibu pejabat Umno Negeri di
Kota Kinabalu.
Berdasarkan
maklumat Pejabat Tanah Kota Kinabalu, PBS semasa menerajui kerajaan
negeri telah memperolehi kelulusan untuk mendapatkan tanah yang
terletak di kawasan strategik di tengah-tengah Kota Kinabalu.
Tanah
tersebut yang pada asalnya diluluskan atas nama individu kemudiannya
diperolehi oleh PBS dicadangkan untuk membina ibu pejabat PBS yang
baru.
Namun
setelah PBS tidak lagi menerajui kerajaan negeri, Umno memulakan
usaha untuk mendapatkan tanah berkenaan dengan membangkitkan soal
premium tanah yang masih belum dijelaskan oleh PBS.
Usaha
untuk ‘merampas’ tanah tersebut daripada tangan PBS dimulakan oleh
Umno sejak memperolehi kuasa daripada tangan PBS melalui pembentukan
kerajaan negeri BN hasil wakil-wakil rakyat yang melompat.
Hanya
setelah lebih lima tahun, barulah usaha berkenaan dapat direalisasikan
apabila Musa Aman yang kini menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi
Perhubungan Umno Sabah.
Upacara
pecah tanah bagi membina bangunan Umno tersebut dilakukan oleh Presiden
Umno, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Kalangan
pemimpin PBS Sabah ada yang nyata tidak berpuashati dengan tindakan
Umno yang menggunakan kuasa semasa kerajaan negeri untuk mengambil
tanah berkenaan yang pada asalnya ditawarkan kepada PBS untuk maksud
yang sama.
Tambahan
pula sejak PBS menyertai semula BN, mereka berpendapat adalah wajar
Umno membincangkan tentang kedudukan tanah berkenaan.
Apa
yang jelas, sikap buruk Umno makin terserlah di Sabah.
|