Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 10:11 PM
Rekod
buruk penggiliran Ketua Menteri Sabah
Sistem
penggiliran Ketua Menteri Sabah yang diperkenalkan oleh Umno dan
Barisan Nasional (BN) di Sabah meninggalkan kesan negatif yang besar
kepada negeri itu.
Kesan
tersebut bukan sahaja memperlihatkan bagaimana Umno dan BN memperlekehkan
Undang-Undang Tubuh Sabah tetapi mewujudkan kepincangan di dalam
pentadbiran setiap kali bertukarnya Ketua Menteri.
Seruan
Keadilan dalam tinjauan di Sabah baru-baru ini mendapat kesimpulan
bahawa sistem penggiliran Ketua Menteri yang diperkenalkan oleh
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagai satu dosa Umno dan BN kepada
rakyat negeri itu.
Berdasarkan
temubual dan maklumat yang diperolehi daripada pelbagai pihak di
Sabah berikut adalah `dosa-dosa’ Umno kepada rakyat Sabah berdasarkan
rekod setiap Ketua Menteri sejak sistem penggiliran diperkenalkan.
Tun
Sakaran Dandai
Dalam
tempoh sembilan bulan menjadi Ketua Menteri, beliau difahamkan telah
:
* Meluluskan banyak kawasan
balak kepada kroni mereka seperti Datuk J Ambrose Lee (50,000 ekar)
dan Datuk Sng Chee Hwa dari Sarawak (80,000 ekar).
*
Membeli saham di BSKL atas nama peribadi tetapi menggunakan wang
kerajaan negeri. Bagaimanapun saham tersebut pada akhirnya ditukar
namanya apabila Ketua Pembangkang ketika itu, Lim Kit Siang membangkitkan
penyelewengan berkeaan di dalam Dewan Rakyat.
*
Memberikan izin kepada Datuk Shafie Afdal, selaku Ketua Eksekutif
Yayasan Sabah (YS) melantik kontraktor untuk melakukan kerja pembalakan
kawasan milik YS dengan harga yang murah dan menjualnya ke pasaran
pada harga yang tinggi sehingga menyebabkan YS mengalami kerugian
besar ekoran daripada tindakan tersebut.
*
Meluluskan lesen balak yang telah dibatalkan kerana dipercayai syarikat
terbabit mempunyai kaitan dengan ahli keluarga beliau.
Datuk
Salleh Said Keruak
*
Menjual anak-anak syarikat yang berpotensi seperti SIP Sdn Bhd dan
Sabah Marketing Agency (SAMA).
*
Melantik sebuah syarikat yang rapat dengan beliau iaitu Hebat Sdn
Bhd untuk menyewakan kenderaan kepada kerajaan negeri. Contohnya
sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disewa untuk kegunaan Pegawai
Daerah dikenakan bayaran RM60,000 setahun.
*
Menjual Koperasi Pembangunan Desa (KPD) dengan harga RM120 juta
kepada Bentaniaga Sdn Bhd dengan syarat pembayaran sebanyak RM10
juta setahun tetapi tidak dibayar sejak tahun kedua hingga sekarang.
Sedangkan Bentaniaga telah
menjual beberapa kepentingan KPD seperti ladang kelapa sawit 10,000
ekar di Sandakan, menjual Sabah Tea, menjual 20,000 ekar ladang
ternakan lembu di Sook Keningau, ladang ternakan lembu di Australia,
menjual pejabat KPD dan tanah KPD di Inanam.
Yong
Teck Lee
*
Menggunakan wang negeri untuk membeli saham NBT yang menyebabkan
kerajaan negeri mengalami kerugian RM60 juta.
*
Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort
oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar
kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.
*
Meluluskan penjualan tanah sawit milik LKTNS kepada Briskmark Sdn
Bhd dengan harga RM200 juta. Bagaimanapun timbul persoalan besar
kerana lembaga pengarah Briskmark adalah juga lembaga pengarah LKTNS.
Bernard
Dompok
*
Memberikan projek-projek kepada para pemimpin partinya seperti Datuk
Ajit Galun, Albert Boyou dan Paul Voon.
*
Membekalkan minyak pelincir dan minyak untuk kegunaan kenderaan
kerajaan menggunakan nama syarikat Montis Sdn Bhd.
*
Membatalkan kontrak pembangunan bangunan Warisan Harta yang diluluskan
oleh Ketua Menteri yang lalu dan kini sedang menghadapi saman di
mahkamah.
Osu
Sukam
* Meluluskan kerja-kerja
penukaran meter air dengan kos setiap satu meter air yang harus
dibayar oleh Jabatan Bekalan Air negeri ialah sebayak RM750. Sedangkan
kos sebenarnya tidak dibawah RM100. Kontrak tersebut kini digantung
kerana siasatan sedang dijalankan kerana ia melibatkan kontrak keseluruhan
yang besar iaitu RM40 juta.
*
Meluluskan kontrak pembesaran lapan pelabuhan di Sabah yang bernilai
RM350 juta kepada syarikat yang rapat dengannya iaitu KK Offshore
Sdn Bhd.
Chong
Kah Kiat
*
Meluluskan lesen pembalakan kepada Superwood Industries walaupun
belum mendapat kelulusan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA).
*
Memberikan kontrak kutipan tempat letak kerata di Damai, Luyang
dan Inanam kepada syarikat yang dimiliki oleh Timbalan Presiden
partinya LDP.
*
Meluluskan pemberian tanah atas nama Timbalan Presiden LDP untuk
memperolehi sumber kewangan bagi membiayai kos pentadbiran parti
LDP.
|