Seruan
Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 10:13 PM
Koleksi
kenyataan Mahathir yang menghina Islam
“Hukum
rejam kepada penzina adalah primitif.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan pada 3 Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan).
“Apabila hukum rejam batu
sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya
ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan
umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh
meneruskan kerja.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan pada 14 Julai 1992).
“Saya
nak tahu siapakan di antara ahli-ahli PAS yang sanggup memotong
tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik
Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku
selepas hukum itu nanti.”
(Ucapan
Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua-ketua Umno Bahagian
Johor).
“Bagaimana
kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki?
Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya
sudah tidak cukup? Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara
ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”
(Ucapan
Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah).
“Saya
ingin memastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh BN tidak
akan melaksanakan hukum hudud.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno).
“Sukar
dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus
peratus Islam.”
(Ucapan Mahathir pada 14
Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan).
“Apakah
hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga
mendatangkan mudarat kepada orang Islam? Apakah dalam keadaan Islam
sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam
mesti dilaksanakan?”
(Ucapan
Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).
“Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak
fasik.”
(Ucapan Mahathir pada 3 Mac
1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan).
"Saya
cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam."
(Ucapan
Mahathir pada 3 Mac1994 di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan).
“Al-Quran
perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”
(Ucapan
Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas, Kelantan).
"Saya
akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan
Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud."
(Kenyataan
Mahathir pada tahun 1994sewaktu sidang akhbar selepas sidang Majlis
Tertinggi Umno,)
“Kerja
yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulamak) ialah mengajar, bukan
mentadbir.”
(Ucapan
Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas, Kelantan).
“Kita
(Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha
melaksanakan hudud.”
(Ucapan
Mahathir pada 14 Ogos 1994di Pasir Mas, Kelantan).
“Bukan
kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi Islam.
Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum hudud,
tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan, 30 April 1992).
“Perlaksanaaan hukum hudud
boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing
dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya
dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam
tidak dikenakan.”
(Kenyataan
Mahathir sewaktu temubual dengan wartawan, 18 Ogos 1991).
“Jika mereka hendakkan sangat
hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah
mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah
jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah
mereka boleh buat atau tidak.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan, 24 April 1992)
“Jika
semua urusan selesai dan kita puas hati sikap Israel, kita akan
mengiktiraf negara itu.”
(Kenyataan
Mahathir kepada wartawan, 15 Julai 1994).
“Melaksanakan
hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat
kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan
ajaran Islam.”
(Ucapan
Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas, Kelantan,).
“Sapa
tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada
gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke
pusat. Ada yang ‘special’ sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita
nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita
Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya
macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak
cukur pun mudah ke?
“Dia
bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur
pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu.
Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air
banyak...(di) padang pasir.”
(Kenyataan Mahathir di mesyuarat
Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
“Apakah
kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang
disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih
Islam.”
(Kenyataan
Mahathir di mesyuarat Majlis Agama Kebangsaan, 1997).
“Tujuan
menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai
nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada
kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang
tidak pernah tamat.”
(Ucapan
Mahathir sewaktu Perhimpunan Agung Umno, 5 September 1997).
|