Seruan Keadilan Online - Sunday, November 2, 2003 9:56 PM

‘BA Menjana Ekonomi Lestari’

Di Konvensyen Nasional BA yang berlangsung pada 28 September 2003 lalu, Timbalan Presiden keADILan, Abdul Rahman Othman telah membentangkan kertas-kerja bertajuk ‘BA Menjana Ekonomi Lestari’. 

Abdul Rahman yang juga seorang akauntan telah berjaya meyakinkan para peserta konvensyen khasnya dan masyarakat amnya bahawa BA mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih baik.

Berikut disiarkan sebahagian daripada sedutan kertas pembentangan beliau.   

Apakah Ekonomi Lestari?

• Lestari dimaksudkan dengan mapan/sustainable

Ekonomi Lestari menjaga keseimbangan di antara:

• Keperluan ekonomi masakini dan masa depan

• Pembangunan fizikal dan alam sekitar

• Pembangunan Material dan Spiritual

Pembangunan Lestari

Pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan generasi hadapan memenuhi keperluan mereka

Penggunaan dan pelaburan sumber dan teknologi yang membolehkan manusia meningkatkan potensi ekonomi hari ini dan hari esok

Ekonomi Lestari – Visi Global

Ekonomi Lestari bukan setakat visi nasional. Ekonomi Lestari adalah satu Visi Global. Di dalam era globalisasi perlu ada pertimbangan di antara negara maju dan negara membangun untuk menjaga keseimbangan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

Ciri-ciri Ekonomi Lestari

• Pertumbuhan konsisten

• Wujud mekanisme pengagihan

• Ketelusan sektor awam dan swasta

Contoh Ekonomi Lestari

• Switzerland - Keseimbangan masa kini dan hadapan

• Jepun          - Keseimbangan alam sekitar

• Iran             - Keseimbangan insan

Fokus Ekonomi Lestari

Meningkatkan bilangan Keluarga Mampu  daripada 20% bilangan isi rumah kepada 40% bilangan isi rumah  menjelang 2010. Seterusnya sasaran jangka panjang ialah untuk meningkatkan bilangan Keluarga Mampu kepada 80% bilangan isi rumah menjelang 2020.

Definisi Keluarga Mampu

Sebuah isi rumah yang terdiri dari lima orang ahli keluarga yang menikmati pendapatan RM 3,050 sebulan bagi kawasan bandar dan RM 2,250 sebulan di desa dan pekan

Tugas Kerajaan BA

• Wujudkan Peluang

• Sediakan Persekitaran

• Adakan galakan dan Insentif

Kerajaan BA akan kurangkan beban kos

• Pendidikan

• Kesihatan

• Perumahan

• Pengangkutan

• Bil Elektrik dan Air

Hubungkait Nilai Hidup dan Ekonomi Lestari

• Hindar Sifat Malas/Serah Takdir

• Hindar Sifat Kebendaan/Tamak

• Mentaliti subsidi beban kepada kerajaan dan rakyat

Penstrukturan semula – Industri dan Kewangan

• Industri Berat

• Badan Penswastaan – IWK, Air

• MSC

• Petronas

Penstrukturan semula Kementerian/Jabatan

• Sistem Check and Balance

            EPU

            Perbendaharaan

            Agensi Pelaksana

Galakan bagi Pertumbuhan sektor baru berasaskan sumber

• SMI – Industri dan Perdagangan

• Pertanian dan Makanan

• Infastruktur Desa – Tanah dan Koperasi

• Infastruktur Bandar – Koperasi Dagang

Kekalkan punca pendapatan utama negara

• Petroleum dan Gas

• Elektronik dan Barangan Elektrik

• Pertanian Sawit, Getah, Koko

• Hasil cukai

• Hasil bukan cukai

Wawasan Ekonomi Lestari

• Utamakan Keseimbangan

• Utamakan Kualiti Hidup