Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 12:17 AM
Media
harian tutup retak Umno Kelantan
Impian
Datuk Mustapa Mohamed untuk melihat Umno Kelantan semakin mantap
dengan pelantikan ketua penaja baru, rupa-rupanya mengundang musibah
kepada rumah tangga Umno negeri itu.
Malah,
kenyataan empat bekas Ketua Bahagian yang digugurkan kononnya menerima
dengan dada terbuka pengguguran mereka, sebenarnya hanya mainan
media harian untuk menutup retak yang berlaku sekarang.
Bekas
Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan bekas Ketua
Umno Kubang Kerian, Tuan Hashim Tuan Yaakob kini secara terbuka
dikatakan mempertikaikan perlucutan jawatan yang pernah dimenangi
mereka melalui proses pemilihan sebelum ini.
Tuan
Hashim dikatakan melahirkan rasa tidak berpuas hati dan amat kecewa
dengan tindakan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu pada satu
majlis yang diadakan semasa majlis penyerahan tugas Umno Bahagian
terbabit kepada ketua penaja, Datuk Ahmad Rusli Ibrahim di sebuah
hotel di Kota Bharu baru-baru ini.
"Saya
amat kecewa dan tidak akan berdiam diri setelah jawatan yang saya
sandang secara sah sebelum ini dirampas orang lain tanpa perbincangan
terlebih dahulu."
"Tindakan
yang dibuat amat dikesali dan saya sedih dengan tindakan ini. Apakah
kesalahan saya sehingga tergamak dilucutkan jawatan. Sedangkan ahli
di akar umbi masih memerlukan saya," katanya.
Mustapa
turut hadir pada majlis penyerahan tugas tersebut. Turut dilantik
pada jawatankuasa penaja baru di bahagian berkenaan iaitu Datuk
Mohamed Abdul Ghani sebagai timbalan dan naibnya Nik Abdul Rahman
Nik Taib.
Manakala
di Pasir Mas pelbagai sepanduk dipamerkan di tepi-tepi jalan utama
yang mengecam kepemimpinan Mustapa.
Sementara
itu, menurut sumber Tuan Hashim dikatakan menyediakan teks ucapan
mengecam kepemimpinan Umno Kelantan lebih awal, bagi meluahkan perkara
yang terbuku di hati.
Sedangkan
dalam kenyataan media selepas program itu, Mustapa mengatakan ia
berjalan lancar tanpa adanya sebarang bantahan daripada bekas ketua
bahagian.
Ketua
Pergerakan Pemuda keADILan Kelantan, Zamakhsari Ibrahim berkata,
perpecahan dalaman Umno tidak lagi dapat disembunyikan lagi sekarang
ekoran perubahan jawatankuasa penaja yang dibuat baru-baru ini.
|