Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 12:11 AM
Tiada
keuntungan material punca Umno tolak hudud
Punca
utama pemimpin Umno tidak mahu melaksanakan hukum hudud dalam pentadbirannya
di negara ini kerana tidak mendapat sebarang keuntungan material.
Mursyidul
Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno menolak
negara Islam sebenar kerana ia tidak mendapat keuntungan dari segi
kewangan.
“Walaupun
mereka pernah mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam, namun
memandangkan tiada sebarang keuntungan kebendaan diperolehi, mereka
menolak konsep negara Islam sebenar,” katanya di majlis ceramah
'road show' Negara Islam di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik),
baru-baru ini.
Hadir
sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Penerangan
PAS Pusat, Datuk Dr Harun Din dan pemimpin PAS Kelantan.
Tuan
Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebaliknya
berkata, pemimpin Umno pantas bertindak terhadap Tabung Haji dan
punggutan zakat kerana ia mampu memberi keuntungan.
“Walhal
hukum hudud dituntut dalam Islam sebagaimana juga menunaikan ibadat
haji serta mengeluarkan zakat.
“Bagi
saya tidak ada sebab lain mengapa mereka menolak hukum berkenaan,
melainkan kerana tiada keuntungan diperolehi.
“Bukan
apa, sebab tu je… tak nak laksanakan hukum hudud, bukan susah sangat
nak baca pemikiran mereka ni,” ujarnya. – Ehsan Harakadaily
|