Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 12:12 AM
Beri
kuasa pendakwaan sepenuhnya kepada BPR - Ezam
Ketua
Pemuda keADILan, Ezam Mohd. Nor meminta kerajaan memberikan kuasa
kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sepenuhnya termasuk mendakwa
mereka yang terlibat ke mahkamah dan bukan hanya boleh membuat siasatan
sahaja.
Beliau
mendakwa, sekiranya benar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi
hendak memerangi gejala rasuah termasuk di kalangan menteri-menteri
maka beliau seharusnya memberikan mandat dan kuasa penuh kepada
BPR untuk mendakwa mereka yang didapati bersalah ke mahkamah dengan
tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Beliau
menegaskan demikian semasa berceramah di Markaz PAS Kg. Pasir, 500
meter dari Kem Kemunting tempat tahanan ISA.
“Jangan
hanya buat gempar sahaja yang kerajaan hendak menghapuskan rasuah,
tapi seperti biasa hanya berhenti setakat siasatan sahaja tidak
dibawa kemana-mana. Tapi yang kena tindakan adalah orang yang melaporkan
ada berlakunya rasuah. Sungguh ganjil dan ajaib!" ujarnya di
hadapan 2000 orang pendokong Barisan Alternatif (BA).
Justeru
beliau berkata, “Saya memang sudah ada pengalaman dengan BPR, jika
ditugaskan akan membuat kerja betul-betul termasuk dengan mempunyai
bukti yang kukuh. Bukan sahaja setakat perkara-perkara rasuah berkenaan
sahaja yang BPR tahu, tapi berapa isteri-isteri kita ada pun mereka
tahu.”
Begitu
jugalah dengan kes Datuk Nazri Aziz, yang telah disoal siasat oleh
BPR baru-baru ini mengikut rencana umno BN kononnya hendak menghapuskan
rasuah.
Tapi
jika dia terlepas juga, Ezam mendakwa bahawa nampaknya pentadbiran
yang ada sekarang adalah sama sahaja dengan dahulu.
Di
malam itu, beliau memberikan formula mudah bagi menghapuskan rasuah,
iaitu menurutnya kerajaan sekarang harus membuat pindaan Perlembagaan
Negara iaitu untuk memberi kuasa mutlak yang penuh kepada BPR menjalankan
penyiasatan sendiri dan terus membawa kes tersebut ke mahkamah tanpa
melibatkan jabatan-jabatan lain.
“Barulah
Badan Pencegah Rasuah (BPR) di negara ini dapat menjalankan tugas
amanah dengan penuh tanggongjawab sekiranya tiada halangan dari
“jembalang pelesit” iaitu hanya makan mangsa ikan bilis tapi tidak
dapat kepada pemimpin besar Umno/ BN dan menteri-menteri yang telah
pun berlaku sewenang-wenangnya sejak 22 tahun lalu,” katanya.
|