Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 12:12 AM
Ibrahim
Ali vs Umno Kelantan
Di
atas sekeping gambar nostalgia disaat gembira – Datuk Ibrahim Ali
bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Mustapha Mohamad
berpadu di satu acara Umno di Kota Baharu tidak lama dulu.
Dalam
politik ada zaman naik…dan ada zaman turun.Abdullah sendiri pernah
merasai zaman perit dan dipencilkan.
Ketua
Umno bahagian Pasir Mas ini sedang melalui putaran ‘turun’ bila
namanya adalah antara lima orang digugurkan dari senarai Ketua Penaja
bahagian-bahagian Umno seluruh negara yang diumumkan selepas mesyuarat
khas Majlis Tertinggi Umno pada 22 November lalu.
Kalangan
ahli Umno sudah masak dengan stail Ibrahim Ali.Orangnya robust dan
“banyak mulut” dan sanggup berdebat sampai hentak meja.
Dalam
politik Umno ikut ceritanya tidak ramai orang yang mahu bermusuh
dengannya seperti juga dengan beberapa aktivis Umno lain yang “ligat”.Antaranya
yang terkenal dulu seperti Datuk Azman Atar,bekas Ketua Umno Bahagian
Batu ataupun Zaharin Yassin,Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun
Razak dan beberapa orang lain.
Siapa
pun tidak mahu mengambil risiko kena “mandi” oleh mereka di serata
coffee house .
Diberi
berbagai gelaran oleh pembangkang termasuk “ si katak” ,Ibrahim
beberapa kali pernah mencetuskan kontroversi termasuk satu ketika
dulu bila menjadi peneraju Badan Bertindak Melayu dengan menganjurkan
perhimpunan tersendiri di PWTC untuk bersuara mengenai apa yang
dirasai tidak betul dalam Umno.
Di
Kelantan beliau mengetuai Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK)
yang dikatakan menjadi saingan kepada kepimpinan Mustapha sebagai
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan.
Baru-baru
ini MTRK menganjurkan perarakan kereta berhias sempena hari keputeraan
Sultan Kelantan.
Ibrahim
Ali mendakwa kalangan pemimpin Umno Kelantan dengki dengannya dan
berkonspirasi hendak jatuhkannya.
Timbalan
Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Zaid Ibrahim menafikan
itu puncanya.Penganti Ibrahim Ali iaitu timbalannya ,Datuk Rahim
Abdul Rahman yang didakwa ( oleh Ibrahim Ali) tahu lebih awal keputusan
hendak mengugurkan oleh MT juga memberi komentar yang sama.
Kedua-dua
berkata ia keputusan MT Umno.
Untuk
menyelami sebab sebenar penguguran Ibrahim Ali mungkin sulit.
Ibrahim
Ali mendakwa beliau masih popular dan sebaliknya ada pihak yang
mendakwa beliau hanya popular di kalangan ahli Umno tetapi imej
politiknya boleh mengurangkan “markah” Umno dikalangan rakyat Kelantan.
Sudah
menjadi rahsia umum politik Umno Kelantan masih dibayangi oleh gejala
berpuak-puak.Ia juga dikatakan menjadi major factor yang menyulitkan
usaha BN untuk melarutkan pengaruh PAS di negeri itu.
Perlantikan
Mustapha yang dikatakan membawa imej “orang baik-baik” belum lagi
dapat menghakisnya.Mustapha pula sebaliknya didakwa “slow sangat”
dan terlalu “play safe” dalam membuat sesuatu keputusan.
Ada
pihak yang merasakan Umno Kelantan memerlukan pemimpin jenis “bulldozer”
dan berani bersilat ikut rentak PAS.
Difahamkan
usaha menonjolkan pemimpin baru Umno di Kelantan seperti Zaid yang
mengetuai Umno Kota Baharu ,Rahim dan begitu juga Dr Awang Adek
di Bachok adalah untuk membawa imej baru parti itu di kaca mata
rakyat Kelantan.
Namun
begitu ia tidak semudah itu kerana ketua-ketua bahagian yang veteran
seperti Anuar Musa,Tengku Razaleigh Hamzah masih ada pengaruh masing-masing.
Ia
ibarat kapal yang banyak nakhoda,kata satu sumber Umno Kelantan.Sedangkan,katanya
PAS mantap berpayung dibawah Datuk Nik Aziz Nik Mat.
Apapun
Abdullah selaku Pemangku Presiden Umno yang dikenali dengan watak
lemah lembutnya telah membuktikan beliau tidak mudah makan desakan
dan tegas dalam membuat keputusan.
Ada
juga yang "membaca" disebalik ketegasan Abdullah dalam
soal ini memancarkan mesej yang jelas tentang stail kepimpinannya.
Harapan
bagi para penyokong Ibrahim yang mahu beliau diletak balik sebagai
Ketua Umno Bahagian nampaknya tipis jika diukur dari komentar Abdullah
“keputusan sudah dibuat…habis…tamat” terhadap penentangan terbuka
Ibrahim Ali yang disertai oleh berbagai kain rentang dinaikkan oleh
para penyokongnya di Pasir Mas dan Kota Baharu.
Ramai
para pemerhati politik memantau dengan penuh minat perkembangan
dalam kemelut dalaman di negeri itu termasuk langkah seterusnya
bakal diambil oleh Ibrahim Ali yang mengulangi kenyataan dakwaan
wujud konspirasi dalam Umno Kelantan untuk menjatuhkannya menerusi
siaran berita NTV7 Jumaat malam.
Tanpa
berselindung katanya kalau nak dikira dari segi imej ada pemimpin
bahagian lain yang tidak digugurkan juga mempunyai imej yang dipersoalkan.
Ada
pihak yang menilai itu petanda beliau tidak akan senyap seperti
tiga ketua bahagian lain di negeri itu yang turut digugurkan.
|