Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 12:13 AM
Umno
Seremban pula bergolak
Majlis
Tertinggi (MT) Umno diminta memberi perhatian sewajarnya terhadap
kandungan surat yang dihantar oleh Pemuda Umno Seremban berhubung
perlantikan naib ketua penaja bahagian tersebut, sebagai “maklumbalas”
yang mencermin hasrat sebenar ahli parti di peringkat akar umbi.
“Kita
tidak bantah…kerana kita tidak mahu melanggar etika parti…dan kita
juga tidak boleh mengenepikan keputusan MT. Sebaliknya kandungan
surat itu mencerminkan suara dan pandangan akar umbi,” kata ketua
Pemuda Umno bahagian Seremban, Mohd Nor Awang.
“Ahli-ahli
MT duduk di atas dan tidak tahu apa yang berlaku di peringkat cawangan...yang
buat aktiviti ialah ketua-ketua cawangan...,” tegasnya ketika dihubungi
oleh portal berita malaysiakini 17 Disember lalu.
Perlantikan
Ahli Exco negeri, Datuk Zakaria Nordin, yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Ampangan sebagai naib ketua penaja bahagian Seremban,
tidak disenangi majoriti ahli Umno di bahagian berkenaan.
Adalah
difahamkan bahawa Zakaria adalah penyokong kuat Menteri Besar Negeri
Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Menurut
Mohd Nor, majoriti ahli tidak berpuashati kerana perlantikan itu
tidak dibuat berdasarkan kedudukan jawatan calon di peringkat cawangan
dan bahagian.
“Beliau
adalah seorang Adun tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat
cawangan atau bahagian. Beliau hanyalah ahli biasa di bahagian,”
katanya.
Terkejut
“Mereka
terkejut dan tidak sangka...sepatutnya orang yang banyak berbakti
kepada parti di peringkat cawangan dan bahagian, diberi peluang
dilantik mengisi jawatan tersebut,” tambah Mohd Nor.
Menurutnya,
surat tersebut dihantar kepada Pemangku Presiden Umno, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Samad; Setiausaha
Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob; Ketua Pemuda Umno Malaysia, Datuk
Hishammuddin Hussein, dan ketua Umno bahagian Seremban, Datuk Ishak
Ismail, yang juga Adun Lenggeng.
Menurut
Mohd Nor keputusan untuk menghantar surat tersebut dibuat selepas
pihaknya menerima banyak rungutan dari ahli-ahli akar umbi yang
tidak bersetuju dengan perlantikan Zakaria ke jawatan tersebut.
Menurut
mereka, katanya, perlantikan itu telah dibuat tanpa mengambil kira
kedudukan calon-calon lain yang memegang jawatan di peringkat cawangan
dan bahagian.
“Berikutan
itu, kami membuat keputusan untuk menghantar surat kepada pihak
atasan Umno untuk menyampai luahan hati ahli-ahli akar umbi di bahagian
ini berhubung dengan perlantikan naib ketua penaja itu,” tambahnya.
Mohd
Nor juga kesal dengan tindakan timbalan ketua Pemuda Umno Negeri
Sembilan, Jalaluddin Alias yang dilaporkan menegur tindakan Pemuda
Bahagian Seremban, menghantar surat bantahan berhubung perlantikan
Zakaria itu.
Menurut
laporan akhbar, Jalaluddin berkata pihak bahagian tidak berhak mempersoalkan
keputusan MT untuk melantik Zakaria sebagai naib ketua penaja, walaupun
beliau tidak memegang sebarang jawatan di bahagian berkenaan.
Sumpah
setia
Sehubungan
itu, Mohd Nor yang juga ketua Umno cawangan Bukit Ampangan menjelaskan:
“Kita tidak membantah perlantikan Datuk Zakaria sebagai naib ketua
penaja bahagian Seremban. Kita akur dengan keputusan MT...laporan
akhbar itu silap...tidak bantah perlantikan Datuk Zakaria.
“Kita
juga sedar yang pilihanraya umum sudah hampir dan semua ahli-ahli
parti perlu bersatu padu bagi memastikan kemenangan calon Barisan
Nasional (BN),” katanya sambil menyifatkan kenyataan Jalaluddin
hanya sekadar “mahu mencari publisiti murah”.
Mohd
Nor juga menafikan anggapan bahawa ‘bantahan’ itu ada kaitannya
dengan pemilihan calon untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan
datang.
“Bagi
saya, siapa sahaja yang dipilih menjadi calon akan saya sokong.
Matlamat kita selaras dengan sumpah setia Pemuda....siapa sahaja
calon yang direstui oleh BN, akan kita sokong...,” tegasnya.
Mengenai
satu lagi laporan akhbar yang memetik dua ahli jawatankuasa (AJK)
Pemuda Umno Seremban, menafikan yang mereka turut menandatangani
surat tersebut, Mohd Nor berkata:
“Memang
betul, Mohd Zaki Talib dan Abdul Halim Lokman tidak menandatangani
surat itu kerana ketika itu mereka tidak dapat dihubungi. Tetapi
18 AJK lagi telah menandatanganinya.” – Ehsan Malaysiakini
|