Seruan
Keadilan Online - Monday, January 5, 2004 11:58 AM
Gandingan
yang tidak dapat dipatahkan
Najib
pilihan tepat Dollah
Naib
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan oleh para penyokongnya
sebagai gandingan mantap untuk membantu Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi menerajui negara sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Malah,
keyakinan tersebut tidak dapat disembunyikan apabila dalam satu
pertemuan yang diadakan baru-baru ini, Najib difahamkan berkata,
gandingan beliau dan Abdullah adalah yang terbaik.
“Najib
menyebut dengan penuh keyakinan gandingan beliau dan Abdullah tidak
mungkin dapat dipatahkan oleh mana-mana pihak,” demikian menurut
sumber yang rapat dengan kem Najib.
Sumber
berkenaan menjelaskan demikian ketika ditanya mengenai usaha-usaha
yang dijalankan oleh beberapa kem dalam Umno untuk melobi Abdullah
melantik calon Timbalan Perdana Menteri.
Buat
masa ini, dua nama yang sentiasa disebut-sebut bakal dilantik sebagai
TPM ialah Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Berdasarkan
kempen dan usaha lobi yang dibuat, Najib dikatakan mempunyai banyak
kelebihan berbanding dengan Muhyiddin.
Antara
kelebihan Najib yang ditonjolkan oleh para pelobi kuasa ialah :
- Mempunyai
rangkaian akar umbi yang kukuh dan meluas
- Majoriti
Ketua Umno Bahaian sekarang adalah dariapda kalangan Ketua Pemuda
Umno Bahagian semasa Najib menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia.
- Mempunyai
hubungan antarabangsa yang mantap dan ini memberikan kelebihan
kepada Najib untuk membantu Abdullah dalam isu-isu antarabangsa.
- Najib
dilihat sebagai golongan moderat dengan latar belakang pendidikan
luar negara merupakan gandingan yang baik untuk Abdullah yang
mempunyai latrbelakang pendidikan dalam negeri.
Menurut
sumber tersebut, kalangan pemimpin Umno terutama di peringkat Bahagian
berpendapat, Najib adalah calon popular kerana beliau telah teruji
dalam kepimpinannya terutama pernah menjadi Menteri Besar Pahang
ketika umur yang muda.
Malah
daripada pengalaman, menjadi anggota kerajaan baik sebagai Menteri
Besar mahupun anggota jemaah menteri sejak tahun 80-an, memberikan
kelebihan kepada Najib untuk membantu Abdullah dalam melicinkan
pentadbiran negara.
“Apa
yang jelas, Pak Lah merupakan orang yang berpengalaman dalam pentadbiran
awam kerajaan. Najib pula dengan latar belakangnya yang luas baik
dalam pentadbiran kerajaan mahupun dalam hubungan antarabangsa,
gandingan kedua-duanya adalah terbaik,” ujar sumber itu lagi.
Ditanya
tidakkah kekuatan Najib dikhuatiri akan menjejaskan kedudukan Abdullah,
sumber itu menjelaskan, perkara itu tidak timbul.
Katanya,
apa yang penting sekarang ialah negara perlu mempunyai gandingan
kepimpinan yang mantap bagi memastikan negara dapat ditadbir dengan
baik dan berkesan.
Malah
katanya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pernah menyebut
nama Najib sebagai orang yang layak untuk dilantik sebagai TPM dan
kenyataan tersebut membuktikan pengiktirafan kepada kepimpinan Najib
oleh pemimpin negara.
“Kami
berpendapat, sekarang adalah masa untuk membuat keputusan tepat
dengan melantik orang yang benar-benar layak dan berwibawa,” ujar
sumber itu lagi.
|