Seruan
Keadilan Online - Monday, February 9, 2004 10:53 AM
Pilihanraya
Umum Ke-11
BA
Selangor lancar kempen balik ke akar umbi
Barisan
Alternatif (BA) Selangor mengumumkan fokus pilihanraya akan datang
di negeri itu lebih menumpukan kepada isu-isu rakyat berbanding
dengan isu polemik idealogi.
Dalam satu program yang diadakan
pada 1 Januari 2003 lalu, BA Selangor telah mengariskan isu-isu
penting yang akan diketengahkan pada pilihanraya akan datang termasuk
mengembalikan pilihanraya tempatan, menperkenalkan sebiji rumah
bagi sekeluarga dan mengkaji semula cukai-cukai yang telah dikenakan
oleh pihak kerajaan sekarang..
Agenda tersebut telah dirangka
berasaskan satu kajian selidik yang dijalankan oleh sebuah agensi
penyelidik bebas.
Hasil
selidik tersebut menunjukkan majoriti rakyat di Selangor berhadapan
dengan masalah ekonomi dan kewangan.
Berdasarkan
kajian yang dibuat oleh agensi berkenaan, BA mendapati 62% dari
1,000 orang yang dikaji telah menyebutkan mereka sepatutnya menikmati
kemakmuran negeri ini.
Manakala
72 peratus orang percaya bahawa pilihanraya tempatan harus dikaji
semula.
Kajian itu turut menunjukkan
bahawa 54% responden berpendapat wujudnya amalan rasuah di dalam
kerajaan sekarang, manakala 80% pula berpendapat kes jenayah negeri
ini terlalu tinggi.
Dalam
ucapan pelancaran agenda bertindak tersebut, Pesuruhjaya PAS Selangor
Datuk Dr. Hassan Ali berkata, kajian itu telah menjelaskan realiti
kehidupan rakyat dan rakyat sebenarnya menuntut agar ketelusan dipertingkatkan
dan pembahagian kekayaan negeri harus dibuat secara adil.
Menurutnya, BA bertekad untuk
membentuk sebuah kerajaan yang bersih daripada segala amalan nepotisma
dan kronisma.
“Rakyat kini amat bosan dengan
amalan rasuah. Khasnya melibatkan pegawai rendah sehingga ke peringkat
Menteri Besar (Mohd Khir Toko). Banyak laporan aduan rasuah ke atasnya
telah dibuat terhadapnya,” katanya.
Beliau
turut menegaskan bahawa keperluan perubahan ke atas polisi ekonomi,
iaitu yang hanya memanfaatkan orang kaya.
Selain itu tambahnya, BA
juga turut sedar bahawa terdapat banyak penyakit sosial di kalangan
anak muda di Selangor.
“Kerajaan
Barisan Nasional Selangor telah gagal mengubalkan program-program.
Kerajaan kini lebih minat membuat konsert yang berbentuk tidak bermakna
untuk menarik sokongan anak muda. Mereka tak berminat menyusun program
yang bermakna dan memberikan mereka panduan hidup,” katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda
Parti Keadilan Nasional, Mohd Ezam Mohd Noor ketika berucapa pada
majlis yang sama berkata, agenda yang diketengahkan itu adalah satu
panduan kepada rakyat agar mereka faham apa yang harus dijangkan
sekiranya BA berjaya memerintah nanti.
“Kami
mendapati bahawa isu-isu asas seperti pendapatan keluarga, isu rumah
dan
hak milik tanah adalah antara
isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat. Dengan itu kami merasakan
adalah mustahak untuk kita mengenengahkan isu-isu ini dan menunjukkan
keazman kita untuk membentuk pemerintah yang baik, agar ia ia dapat
mengubah kehidupan rakyat.
“Kami
merasakan sudah tiba masanya pendekatan ini diambil kerana rakyat
rata-ratanya telah jemu dengan perdebatan ideologi politik, manakala
kehidupan mereka masih belum diperbaiki lagi. Saya percaya bahawa
rakyat bersedia untuk membuat perubahan yang lebih baik berdasarkan
agenda yang kita ketengahkan ini,” katanya.
|