Seruan
Keadilan Online - Monday, February 9, 2004 10:55 AM
Doktor
tidak pedulikan keadaan Anwar
Peguam
Datuk Seri Anwar memberitahu bahawa doktor yang dilantik untuk mantan
Timbalan Perdana Menteri, Dr S Jeyaindran, sebenarnya menafikan
haknya mendapat pandangan pakar tentang sakit belakangnya yang semakin
teruk.
Sankaran Nair berkata perunding
kesihatan di HKL tidak mempedulikan permintaan Anwar yang berkali-kali
untuk mendapatkan pemeriksaan slipped disc oleh pakar, walaupun
telah diberitahu sakit yang dialaminya semakin kuat beberapa minggu
lepas.
“Dia mengadu
sakitnya bertambah teruk dalam bulan September tahun lepas, dan
dia telah meminta dapatkan pandangan pakar. Tetapi Dr Jeyaindran
enggan berbuat apa-apa selain memberinya pain killers.
“Dalam
perjumpaan terakhir dengan anak guam saya pada 31 Disember, saya
dapati sakitnya bertambah kuat. Anwar telah maklumkan kepada doktor
tentang perkara tersebut, tetapi doktor tidak berbuat apa-apa selain
memberi ubat tahan sakit yang lain,” kata Sankaran bila dihubungi.
Peguam
Anwar itu berkata, ubat penahan sakit gagal mengurangkan kesakitan
dan dibimbangi akan membawa kesan sampingan yang merbahaya.
Sankaran
mengesyaki tindakan Jeyaindran ada kaitan dengan aduan rasmi yang
telah dibuat oleh Anwar terhadap doktor itu.
“Nampaknya
seolah-olah doktor tersebut telah mengambil aduan tersebut sebagai
peribadi dan gagal bertindak dengan profesional. Kami telah cuba
dapatkan Jabatan Penjara untuk menghantarnya ke hospital, tetapi
mereka tidak boleh berbuat demikian jika tidak mendapat pengesahan
daripada Jeyaindran,” katanya.
Sankaran juga menambah,
Anwar tidak sanggup menunggu lagi tiga bulan (Anwar mengadu sakit
semenjak September) untuk tindakan lanjut dan mengarahkan Jeyaindran
dan pihak penjara diberi sehingga Selasa sebelum mengambil tindakan
mahkamah terhadap mereka.
“Pihak penjara
memberitahu saya bahawa mereka sudah meminta pakar ortopedik memeriksa
Anwar. Mereka berjanji kepada saya, pakar tersebut akan datang pada
hari Selasa, jadi kita akan tunggu sehingga itu.”
“Jika mereka
gagal berpegang pada janji, kami akan meengambil tindakan kerana
meletakkan Anwar dalam keadaan yang merbahaya. Kami tiada pilihan
dalam perkara ini… mereka mesti dipertanggungjawabkan,” kata Sankaran.
Anwar telah membuat aduan
terhadap Jeyaindran selepas satu laporan yang mengelirukan kepada
Inter Parliamentary Union, yang mendakwa dia diberi rawatan perubatan
khas termasuk rawatan berkala di HKL. Dalam aduan tersebut, Anwar
mendakwa Jeyaindran gagal bertindak secara profrsional dalam membuat
kepurtusan berkaitan kesihatannya. Dia juga menuduh doktor tersebut
sengaja melaporkan kepada pegawai atasan kerajaan yang aduannya
palsu.
Sehingga
hari ini Jeyaindran belum menjawab segala tuduhan, cubaan untuk
mendapat komennya juga tidak berhasil.
Sankaran
juga berkata, aduan Anwar dicatat oleh Suhakam apabila ahli suruhanjaya
Prof Hamdan Adnan dan Asiah Abu Samah melawatnya di Penjara Sungai
Buloh baru-baru ini.
“Mereka nampak
anak guam saya dalam keadaan sakit. Mereka maklum akan aduan-aduannya
dan kami harap dengan pemerhatian mereka akan mempercepatkan penyelesaian,”
tambahnya.
|