Seruan
Keadilan Online - Monday, February 9, 2004 11:02 AM
Nor
Mohamed pernah rugikan negara RM10 bilion
Perlantikan
Nor Mohamed Yakcob sebagai Menteri Kewangan Kedua menimbulkan persoalan
besar bagaimana seorang yang pernah bertanggungjawab menyebabkan
negara kerugian kira-kira RM10 bilion boleh diberikan kepercayaan
menguruskan kewangan negara.
Mohd
Noor semasa menjadi ‘orang kuat’ Bank Negara adalah merupakan orang
yang mengheret Bank Negara di dalam aktiviti perdagangan matawang.
Para
pedagang matawang seperti George Soros pernah disifatkan oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai penyangak matawang
yang boleh menyebabkan sesbuah negara jatuh miskin.
Namun,
tindakan Nor Mohamed yang menyebabkan negara kerugian tidak diselar
oleh Mahathir sebaliknya melantik Nor Mohamed sebagai penasihat
ekonominya yang kemudian terus menjadi penasihat kepada Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Kelima.
Apa
yang menimbulkan persoalan, kenapa Nor Mohamed yang telah diminta
untuk melepaskan jawatan sebagai Penasihat Bank Negara kerana menyebabkan
negara rugi RM10 bilion kerana penglibatannya di dalam perdagangan
matawang diberikan jawatan Menteri Kewangan Kedua oleh Abdullah.
Para
pemerhati melihat, perlantikan itu adalah merupakan percaturan yang
telah dibuat oleh Dr. Mahathir demi untuk memastikan pengurusan
kewangan negara masih lagi mengikut telunjuk dan kehendak Dr. Mahathir.
Tambahan
pula perlantikan meletakkan Nor Mohamed sebagai Menteri Kewangan
Kedua amat penting bagi memastikan tambatan ringgit dengan dollar
Amerika akan terus dipertahankan.
Ini
disebabkan idea tambatan ringgit adalah merupakan perkara yang dilaksanakan
bersama oleh Dr. Mahathir dan Nor Mohamed semasa krisis kewangan
tahun 1998.
Kesan
pelaksanaan tambatan ringgit dengan dolar Amerika yang dibawa oleh
Mohd Noor menyebabkan ringgit kini mengalami penurun nilai ekoran
merosotnya nilai dollar Amerika berbanding matawang utama lainnya
seperti Euro dan Yen.
“Walaupun mereka bercakap
mengenai kepentingan ekonomi negara, tetapi meletakan tambatan ringgit
dengan dollar Amerika seolah-oleh menyerahkan untung nasib negara
ke tangan Amerika untuk menentukan nilai matawang sendiri,” demikian
menurut seorang ahli perniagaan ketika diminta mengulas mengenai
perlantikan Mohd Noor.
Menurut
ahli perniagaan itu, kini setelah menjadi Menteri Kewangan Kedua,
terserah kepada Nor Mohamed untuk memperbetulkan kesilapan lalunya
tetapi itu juga bermakna beliau terpaksa mengambil tindakan yang
bertentangan dengan hasrat dan keputusan ketua lamanya, Dr. Mahathir.
|