Seruan Keadilan Online - Monday, February 9, 2004 10:34 AM

EDITORIAL

Laksana amanah hadapi pilihanraya

Perlantikan Timbalan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini menimbulkan spekulasi pilihanraya semakin hampir. Spekulasi ini lebih hangat diperkatakan di kalangan orang-orang Umno. Ini kerana bagi mereka apabila ada TPM, biasanya kerja-kerja pilihanraya akan diserahkan kepadanya oleh PM.

Inilah lumrah apabila tempoh lima tahun mandat yang diberikan oleh rakyat makin hampir ke penghujungnya. Sama ada lantik atau tidak lantik, tahun 2004 adalah tahun pilihanraya bagi Malaysia. Cumanya unik di Malaysia tarikh sebenar hanya orang yang bergelar Perdana Menteri sahaja yang tahu.

Sedangkan di negara luar, tarikh pilihanraya sudah ditetapkan. Ini memudahkan rakyat untuk membuat persiapan bagi menyambut pesta demokrasi yang datangnya hanya lima tahun sekali.

Namun, soal bila pilihanraya diadakan bukanlah perkara utama yang harus diberikan perhatian. Sebaliknya persiapan dan jentera sudah seharusnya mula diperkemaskan. Ingatan ini rasanya perlu diberi perhatian kerana sebagai parti yang berjuang dengan meletakkan prinsip dan agenda besar membela nasib rakyat sudah tentu berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Berbanding dengan parti besar yang punya kuasa, wang dan media, kerja mereka jauh lebih mudah. Rasmi sekolah atas nama Menteri beri sumbangan atas nama parti. Inilah pemandangan biasa yang mereka lakukan.

Manakala kita berhadapan dengan pelbagai cabaran. Asas perjuangan yang kita bawa berpaksikan prinsip dan meletakkan kepentingan rakyat sentiasa di hadapan.

Sehubungan itu adalah menjadi tanggungjawab semua pihak yang diamanahkan, baik di peringkat Pusat, Negeri, Bahagian mahupun Cawangan melaksanakan amanah yang diberikan.

Berada dalam tahun pilihanraya bermakna bukan lagi masa untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Semua pihak perlu lebih proaktif. Jika ada laporan mengenai kawasan atau persiapan yang tidak berjalan lancar, pihak yang bertanggungjawab harus segera turun padang.

Sekarang bukan masa menunggu sebaliknya adalah masa untuk bergerak.

Empat tahun telah berlalu selepas pilihanraya umum ke-10 yang lalu. Tempoh waktu empat tahun yang pergi tidak akan datang kembali. Oleh itu tempoh 10 bulan yang berbaki ini harus dimanfaatkan sepenuhnya.

Malah Penasihat parti kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun telah lebih lima tahun dizalimi di penjara, sehingga kini sentiasa berpesan untuk memperkukuhkan pentadbiran dan organisasi serta gerak kerja pilihanraya.

Ini menunjukkan selama lima tahun, pemikiran dan tumpuan Anwar adalah untuk memastikan jentera parti sentiasa bergerak. Inilah semangat yang seharusnya diterjemahkan oleh semua lapisan kepimpinan parti bagi menghadapi pilihanraya umum yang datang.

Tambahan pula sebagai sebuah parti pembangkang, kita sentiasa berhadapan dengan pelbagai halangan dan kekurangan. Namun itu tidak bermakna kita harus meratapi halangan dan kekurangan yang ada.

Sebaliknya yang perlu ialah kesediaan kita untuk menyesuaikan diri kita dengan halangan dan rintangan yang ada. Cara bekerja dan berfikir kita mestilah juga seiring dengan kesukaran yang kita hadapi. Dalam kata yang lebih mudah, sekiranya kita susah, kita harus bergerak cara orang susah. Janganlah dalam keadaan seluruh gerakan kita berhadapan dengan kesukaran dan kesusahan, masih ada yang mahu dilihat sebagai mereka berada dalam keadaan selesa.

Persediaan menghadapi pilihanraya harus dilihat sebagai tanggungjawab bersama. Semua pihak perlu meletakkan rasa persamaan dalam menghadapi pilihanraya. Tidak harus wujud keadaan yang bekerja melihat adanya kumpulan yang hanya berpeluk tubuh. Begitu juga tidak harus wujud keadaan hanya sebahagian kawasan kerana memiliki sedikit kelebihan dan kemudahan lebih diberikan tumpuan sedangkan hakikatnya usaha, daya usaha yang dicurahkan oleh semua pihak di semua kawasan adalah sama.

Dengan itu, pilihanraya adalah soal ‘survival’ perjuangan membela nasib rakyat. Kegagalan kita menghayati semangat ini dengan tidak melaksanakan amanah yang diberikan hanya akan menyebabkan rakyat akan terus menderita. Menjadi tanggungjawab kita bersama amanah rakyat ini dengan memastikan usaha diatur selaras dengan kalimah yang diucap.

Pilihanraya adalah acara kemuncak kepada sesebuah parti. Jatuh bangun sesebuah parti banyak bergantung kepada pencapaian dalam pilihanraya di samping daya tahan para pemimpinnya untuk terus mempertahankan prinsip perjuangan.

Sehubungan itu ramuan yang perlu ada bagi memastikan acara kemuncak ini benar-benar dapat dimanfaatkan ialah amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan perlu dilaksanakan dengan ikhlas dan sepenuh jiwa.