Seruan
Keadilan Online - Monday, February 9, 2004 10:41 AM
Pembinaan
sebuah lagi lebuhraya – bakal memeningkan kepala ??
Oleh:
Dr.A. Xavier Jayakumar
Naib
Presiden- keADILan
Telah
kuat kedengaran ura-ura untuk pembinaan sebuah lebuhraya bersepadu
(dedicated highway) sepanjang 42 km yang menyambungkan Kuala Lumpur
ke Putrajaya dan seterusnya ke Lapangan Terbang KLIA yang dijangka
menelan belanja sebanyak RM1.4 bilion.
Walaubagaaimana
pun kita menyaran agar pihak kerajaan mengkaji semula perancangan
pembinaan lebuhraya ini yang dikenali sebagai KL-KLIA Dedicated
Highway kerana ia bakal mengundang lebih banyak permasalahan kewangan
perbendaharaan negara yang meruncing di masa akan datang.
Kosnya
di anggarkan sebanyak RM1.4 bilion tidak termasuk pampasan pemgambilan
tanah yang berjumlah RM295 juta yang bakal di tanggung oleh pihak
kerajaan yang menjadi kos keseluruhan projek hampir bernilai RM1.7
bilion.
Buat masa ini telah terdapat
beberapa jalan biasa dan jalan bertol serta rangkaian keretapi laju
(express train) menghala ke Putrajaya, Cyberjaya dan ke lapangan
terbang KLIA. Hanya Lebuhraya PLUS sahaja mampu menjana pendapatan
dari lebuhrayanya, sebaliknya konsesi-konsesi yang lain tidak langsung
berupaya untuk ‘break even’ dari hasil pelaburan mereka.
Kewujudan
sebuah lagi lebuhraya bakal mengundang bebanan hutang yang lebih
teruk terhadap konsesi-konsesi yang sedia ada dan bebanan ini seterusnya
harus dipikul di bahu kerajaan. (Bermakna wang rakyat akan dicurahkan
lagi untuk menampung kerugian konsesi tadi)
Contohnya
projek keretapi laju - Express Rail Link (ERL) yang bernilai RM2.4
bilion yang begitu dibanggakan boleh sampai ke KLIA dalam tempoh
40 minit dari KL Sentral itu bakal terjejas teruk ekoran pembinaan
lebuhraya bersepadu ini- mengikut pandangan beberapa orang pakar
dalam industri tersebut. Perkhidmatan keretapi laju ini memerlukan
6,000 orang penumpang sehari untuk ‘break even’ tetapi sebaliknya
pada masa ini ia hanya mampu mendapatkan 4,000 orang penumpang sehari
sahaja.
Cukup
jelas kewujudan lebuhraya baru ini bakal ‘menguncupkan’ lagi jumlah
penumpang-penumpangnya di masa akan datang
Harus
diingat bahawa satu perjanjian jaminan dengan pihak konsesi ERL
telah dimeterai oleh pihak kerajaan untuk membayar pampasan bagi
sebarang perbezaan hasil dari kekurangan jumlah perjalanan penumpangnya
kepada pihak ERL dan jaminan ini bakal ‘menjerat’ pihak kerajaan
sekiranya projek lebuhraya bersepadu ini tetap diteruskan.
Dari jumlah keseluruhan RM1.4
bilion tadi (tidak termasuk kos pengambilan tanah sebanyak 295 juta)
– telah dianggarkan kira-kira sejumlah RM884.7 juta bakal dibelanjakan
untuk kos pembinaan lebuhraya bertingkat di antara Kampung Pandan
ke Technology Park Malaysia bagi mengelakkan kesesakan lalulintas
di sepanjang Jalan Sungai Besi.
Kita
membuat andaian radikal bahawa pihak konsesi mampu menyediakan jumlah
RM1 bilion dari pinjaman bank tetapi mampukah ianya mendapat pulang
yang baik untuk membayar pinjaman tersebut dalam masa terdekat ?
Dan adakah baki selebihnya ditanggung oleh pihak kerajaan ?
Ini berdasarkan perkiraan
kasar kita bahawa 100,000 kenderaan melalui Jalan Sungai Besi kedua-dua
hala sehari dan seterusnya andaian kita bahawa kira-kira 20% daripadanya
akan menghala ke Putrajaya dan KLIA dengan bayaran tol RM10 bagi
setiap kenderaan.
Conggakan
kasar kita bahawa lebuhraya ini bakal mengutip RM200,000 sehari
dan RM72 juta setahun.
Apabila
kita mengenepikan 20% dari pendapatan kasarnya tadi untuk kos kerja-kerja
penyelenggaraannya maka kita akan mendapat baki sebanyak RM57.6
juta bagi pelbagai pembayaran faedah pokok pinjaman bank dan mendapat
sedikit sebanyak keuntungan.
Berdasarkan
kepada perkiraan kadar faedah pinjaman bank yang munasabah dalam
lingkungan 5% bagi pinjaman berjumlah 1 bilion, maka kita dapati
bahawa faedahnya sahaja berjumlah RM50 juta setahun …jadi dimana
letak keuntungan konsesi tersebut sebenarnya ??
Dalam
banyak projek lebuhraya di Malaysia , ramai yang membuat andaian
bahawa kenderaan akan bertambah dari masa ke semasa, tetapi yang
nyata ialah apa yang berlaku adalah sebaliknya. Contoh yang terbaik
ialah lebuhraya-lebuhraya di luar kawasan bandar-bandar besar seperti
rangakaian lebuhraya Seremban-Port Dickson dan juga lebuhraya Butterworth
Kulim.
Begitu juga keadaan seperti
yang berlaku terhadap lebuhraya persisiran bandar-bandar besar seperti
Shah Alam Expressway (SAE) di mana jumlah penggunanya dikatakan
tidak berubah (stagnant) antara lain disebabkan persaingan dari
lebuhraya dan jalan-jalan utama lain. SAE baru sahaja menaikan kadar
tolnya bulan April lepas dan seterusnya telah menyaksikan kemerosotan
jumlah kenderaan yang menggunakannya. Keadaan ini akan menjadi lebih
parah lagi dengan pembukaan New Expressway yang tidak bertol yang
hampir siap tidak berapa lama lagi.
Lebuhraya
bertol yang paling ketara tidak menjana keuntungan langsung ialah
Projek Lebuhraya Lintas Kota dari Ampang ke pusat bandaraya. Lebuhraya
ini yang hampir keseluruhannya di atas jaringan jambatan tinggi
adalah jalanraya yang termahal di Malaysia dan pemilik konsesinya
Permodalan Nasional Berhad sedang menanggung kerugian yang begitu
tinggi sekarang ini.
Lebuhraya
Utara-Selatan yang dimiliki oleh PLUS adalah antara lebuhraya yang
menghasilkan pendapatan yang agak lumayan semenjak siap pembinaannya
pada tahun 1994. Selain dari itu Lebuhraya Damansara-Puchong juga
telah menunjukkan tahap peningkatan penggunaan lalulintasnya dalam
purata 20-30% setahun dan pemilik konsesinya berada dalam keadaan
selesa.
Berdasarkan
statistik-statistik ini kita membuat andaian bahawa jumlah penggunaan
lalulintas sedikit yang menggunakan KL-KLIA Dedicated Highway ini
tidak mungkin akan dapat menampung bebanan kewangannya pada masa
yang akan datang.
Jadi
yang jelas kenapa perlu ada sebuah lagi lebuhraya yang telah dikenalpasti
bakal mengundang kerugian dan membebankan kerajaan (lebih tepat
lagi wang rakyat) ?
Adakah ia bertujuan untuk
‘menghadiahkan’ satu lagi projek infrastruktur kepada kroni-kroni
tertentu yang sedang rapat mengekori Perdana Menteri baru yang masih
belumpun 100 hari memegang tampuk pemerintahan ? Kita nak tengok
betapa ‘clean’nya orang yang kononnya begitu terkenal di war-warkan
sebagai ‘Mr. Clean’ tersebut.
|