Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:37 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
BN
peralatkan agensi kerajaan
Barisan
Nasional (BN) akan terus melakukan pelbagai bentuk tekanan terhadap
Barisan Alternatif (BA) melalui agensi-agensi kerajaan menjelang
pilihan raya umum ke-11.
Setiausaha
Badan Perhubungan PAS Kelantan, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, tekanan
itu dlakukan bagi melemahkan semangat juang disamping memerangkap
penyokong BA.
"Ini
terpaksa dilakukan oleh mereka, memandangkan Umno dan Barisan Nasional
(BN) sekarang berada di dalam kelemasan," katanya pada ceramah
sempena Hijratul Rasul di Putik malam tadi.
Baru-baru
ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato' Abdul Rashid
Abdul Rahman dilaporkan berkata, tindakan parti politik menggunakan
syurga bagi memancing undi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954.
Wan
Ismail memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan SPR tersebut adalah
sebahagian daripada agenda Umno dan BN untuk melemahkan semangat
penyokong PAS dan BA.
"Undang-undang
ini dibuat secara jelas untuk menekan parti yang tidak sealiran
dengan Umno," tambahnya.
Beliau
berkata, tindakan untuk melakukan provokasi yang bertentangan dengan
Akta Kesalahan Pilihan Raya mungkin sengaja dilakukan pihak tertentu
yang kemudiannya menunding jari kepada BA.
|