Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:38 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Lagi
agensi kerajaan diperalatkan; DBKL
Tindakan DBKL mengarah beberapa
jabatan di bawahnya untuk membantu BN menghadapi pilihanraya ke
11 ini amat dikesali, kata ketua PAS Wilayah Persekutuan merangkap
Pegawai Lujnah Bandaraya, Ustaz Ridzuan Mohd Noor.
Beliau merujuk kepada surat
arahan yang dikeluarkan pada 11 Februari lalu oleh Pejabat Timbalan
Ketua Pengarah Pembangunan DBKL di bawah tajuk "Tindakan-tindakan
Segera Bagi Membantu BN Sebagai Persiapan Pilihanraya."
Kata
beliau lagi, sepatutnya DBKL tidak memihak kepada mana-mana parti,
dan sepatutnya DBKL mengambil tindakan terhadap aduan pengundi dengan
serta merta bukan sahaja disaat pilihanraya. PAS W.P akan menghantar
satu memorandum kepada pihak terbabit, kerana tindakan DBKL itu
adalah satu pengkhianatan kepada pembayaran cukai-cukai oleh penduduk
yang mahukan perkhidmatan yang bersih, cekap dan telus dari DBKL.
Antara
Jabatan yang dikaitkan dengan arahan tersebut adalah Jabatan Seri
Taman dan Pembersihan Bandar untuk tindakan serta merta di Parlimen
Lembah Pantai, Batu, Segambut, Wangsa Maju dan Cheras.
|