Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:39 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Manifesto
BA Pahang: Kepentingan rakyat agenda utama
Berbekalkan
enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) 1999, PAS Pahang terus mengorak
langkah meneruskan usaha menawan Pahang daripada cengkaman Barisan
Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.
Bersama
rakan seperjuangan pembangkang dalam Barisan Alternatif (BA), Parti
Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS mengembeling
kudrat yang ada bagi memastikan BN menyerahkan kuasa kepada BA.
Dengan
tema, 'Pahang Ke Era Baru: Kemakmuran Untuk Semua', manifesto BA
diharap dapat membuka minta pengundi untuk memberi mandat/kuasa
kepada mereka.
Tawaran
yang terkandung di dalam draf manifestonya adalah relevan dan mampu
dilaksanakan BA sekiranya mendapat mandat rakyat. Manifesto BA menekankan
soal Hak Asasi Rakyat semua kaum.
Ia
menawarkan perkara-perkara asas yang mencakupi hak-hak rakyat sebagai
peniaga, kakitangan kerajaan, orang awam mahu pun peneroka Felda.
Tidak ketinggalan juga keistimewaan kepada ibu tunggal serta generasi
muda di alam persekolahan, membuktikan bahawa BA memperjuangkan
hak semua.
Apa
yang menarik ialah jaminan setiap keluarga akan mendapat satu lot
tapak rumah tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana parti politik
sebelum ini hatta BN yang telah memerintah Pahang sejak puluhan
tahun lagi.
Melalui
tawaran itu difahamkan setiap warga Pahang akan berpeluang memperolehi
lot tapak rumah tanpa mengira agama, warna kulit dan anutan parti
politik.
Sebenarnya,
masih ramai rakyat Pahang yang tidak memiliki lot tapak rumah walaupun
negeri ini mempunyai tanah yang luas tetapi kerajaan BN tidak pernah
memberi jaminan tersebut sehingga ramai dari kalangan rakyat negeri
ini tidak mempunyai lot tapak rumah sehingga keakhir hayat.
Tawaran
ini sudah tentu akan menggembirakan semua terutama generasi muda
yang baru berumah tangga untuk memulakan hidup baru.
Cadangan
tersebut tentunya akan mewujudkan penempatan baru sekaligus memudahkan
kerajaan negeri menyusun semula penempatan rakyat secara terancang
dan teratur. Rancangan ini apabila dilaksanakan nanti akan menjadi
serampang dua mata kepada kerajaan dalam membangunkan sosio ekonomi
rakyat Pahang.
Program
'satu lot tapak rumah satu keluarga' itu akan menyaksikan wujudnya
kawasan perumahan baru yang terancang. Kewujudan estet-estet perumahan
melalui program tersebut pastinya akan mengubah tradisi rakyat negeri
daripada tinggal bertaburan di kawasan pedalaman kepada penempatan
tersusun, seperti skim penempatan Felda, Fecra dan Rancangan Tanah
Pemuda (RTP).
BA
Pahang juga memberi tumpuan kepada golongan pekerja di mana mereka
akan menikmati lima hari bekerja seminggu berbanding lima setengah
hari bekerja sekarang.
Hari
Sabtu akan menjadi hari cuti umum bagi golongan pekerja di Pahang
sekiranya BA memerintah.
Tumpuan
juga diberi kepada usaha menambah hasil negeri melalui sumber sedia
ada seperti hasil hutan/balak dan air. Hasil balak pada masa ini
hanya dijadikan 'lombong emas' kepada ahli politik Umno/BN. Sebaliknya,
Kerajaan BA pula akan memastikan balak menjadi penyumbang terhadap
hasil negeri melalui sistem 'tender terbuka' yang akan diperkenalkan.
Turut
akan memperolehi faedah daripada BA ialah golongan peniaga/penjaja
kecil di pasar malam/pekan sehari apabila cukai meja untuk peniaga
dihapuskan. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan mengutip cukai
meja, malah kemudahan peniaga akan dipertingkatkan.
Golongan
ibu tunggal juga tidak dilupakan dengan cadangan penubuhan sebuah
Dana Khas untuk kebajikan golongan tersebut. Dana yang akan ditubuhkan
itu mampu membantu golongan tersebut menikmati taraf kehidupan lebih
sempurna.
Golongan
nelayan yang sering menghadapai masalah hilang mata pencarian di
musim tengkujuh turut tidak akan dilupakan.
Selain
itu, bantuan akan diberi kepada murid sekolah yang kurang bernasib
baik.
|