Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:24 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Lebih
ramai calon wanita di Parlimen
PAS
akan meletakan calon wanita dari kalangan anggota Dewan Muslimat
di Kedah, Selangor, Perak dan Kelantan tetapi tidak di Terengganu.
Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu para wartawan di Kuala
Terenganu, Rabu ini kerana tiada permohonan daripada Dewan Muslimat
PAS Terengganu dan cawangan-cawangan PAS di negeri ini.
Antara
mereka yang akan bertanding ialah Timbalan Ketua Dewan Muslimat
PAS Pusat, Dr Lo'Lo Mohd Ghazali, Ketua Penerangannya, Dr Siti Mariah
Mahmud, Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Wan Tom Wan Md Noor dan
bekas Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Jamilah Ibrahim.
"Calon
wanita yang dipilih itu adalah daripada kalangan profesional dan
jumlah keseluruhannya dijangka melebihi 10 orang," katanya
kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan
negeri.
Katanya
langkah PAS meletakan calon wanita bukan satu perkara baru kerana
mereka pernah bertanding dalam setiap pilihanraya umum kecuali pada
tahun 1978 dan 1999.
|