Seruan Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:27 PM

PILIHANRAYA UMUM KE-11

Fakta: Pilihanraya umum Malaysia

Berikut adalah fakta-fakta utama untuk pilihanraya umum Malaysia, yang akan dilaksanakan bulan ini selepas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen hari Rabu lepas.

- Lebih kurang 10.3 juta penduduk, berumur 21 tahun ke atas, layak untuk mengundi untuk pilihanraya umum ke 11 negara sejak merdeka dari British tahun 1957. Jumlah ini termasuk satu juta orang yang akan mengundi buat pertama kali.

- Pengundi akan memilih 219 orang wakil untuk Dewan Rakyat di Parlimen dan 505 wakil untuk 12 Dewan Undangan Negeri bagi penggal 5 tahun yang baru. Jumlah ini melibatkan pertambahan sebanyak 26 kerusi parlimen dan 63 kerusi DUN selepas persempadanan semula baru-baru ini.

- Calon-calon hanya boleh mula berkempen selepas hari pencalonan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya pada 13 Mac. Jangkamasa kempen paling sengkat iaitu lapan hari, sebelum rakyat keluar mengundi pada 21 Mac nanti.

- Calon-calon telah dipilih oleh parti, dan parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan menang.

- Sebanyak 7,500 pusat mengundi, melibatkan 170,000 pekerja, akan dibuka untuk undian bermula pukul 8.00 a.m (0000 GMT) hingga 5.00 p.m. (0900 GMT). Keputusan akan diumumkan beberapa jam selepas peti undi ditutup.

- Pengundi mengikut kaum: Melayu 52 peratus, Cina 35 peratus, India 10 peratus, dan juga kaum bumiputera yang lain, mengikut Suruhanjaya Pilihanraya. Angka ini berbeza dengan pecahan populasi Malaysia mengikut etnik yang sebanyak 25 juta, kerana kurang Melayu yang mengundi.

- Pilihanraya ini, yang dilangsungkan awal sembilan bulan dari berakhirnya penggal pemerintahan kerajaan, dilihat sebagai mandat untuk Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi, lebih kurang 5 bulan selepas beliau menggantikan Mahathir Mohamad yang bersara 31 Oktober lepas, selepas mentadbir selama 22 tahun.