Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:29 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Kenapa
BN adakan pilihanraya umum sekarang?
Dengan
pembubaran Parlimen maka terbuktilah parti pemerintah yang memegang
majoriti di Parlimen itu tidak dapat menunggu tempoh penggal sepenuhnya
tamat.
Mungkin
tidak ramai yang mempersoalkan kenapa pilihanraya perlu diadakan
sekarang walaupun tempoh untuk wajib diadakan pilihanraya umum masih
berbaki lapan bulan untuk tamat.
Jikalau
pilihanraya umum tidak dibuat sekarang, mahu tidak mahu, pilihanraya
untuk DUN Sabah terpaksa juga diadakan pada bulan depan. Ini kerana
tempoh penggal untuk Sabah yang telah mengadakan pilihanraya lebih
awal pada tahun 1999 dulu telah genap 5 tahun.
BN
telah menggunakan keputusan pilihanraya yang memihak kepada mereka
pada 1999 untuk menunjukkan sokongan rakyat di Sabah telah pulih
kukuh di belakang BN selepas isu DSAI.
Ini
adalah kelebihan bagi mereka apabila pilihanraya umum dilaksanakan
pada November 1999.
Yang
berbezanya kini, Kelantan dan Terengganu, yang dikuasai Barisan
Alternatif telah mengatakan bahawa mereka juga akan menuruti Sabah
dalam pembubaran DUN masing-masing.
Maka
jika diadakan pilihanraya Kelantan dan Terengganu lebih awal dari
pilihanraya umum, yang amat ditakuti mereka ialah PAS-BA kekal memegang
kedua-dua negeri tersebut. Ini akan membawa implikasi besar kepada
pilihanraya umum selepas itu.
Menurut
kajian dalaman mereka, BN tidak akan dapat menumpaskan PAS-BA di
kedua-dua negeri itu walaupun mereka yakin dapat menambahkan kerusi.
Tetapi
itu tidak cukup untuk meyakinkan rakyat umum dan terutamanya masyarakat
Pantai Barat dan bandar yang mempunyai lebih akses kepada maklumat,
untuk mempercayai propoganda BN.
Maka,
mahu atau tidak, sesuai atau tidak masanya, pilihanraya ini terpaksa
juga diawalkan sebelum tempoh DUN Sabah menjadi terlalu suntuk.
Pastikan
kita gandakan usaha dalam 2-3 minggu ini agar keadilan kekal di
bumi tercinta ini.
|