Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:31 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Isu
hangat kempen pilihanraya Malaysia
Berikut
adalah senarai isu-isu penting yang berkemungkinan diberi keutamaan
dalam kempen pilihanraya Malaysia. Parlimen telah dibubarkan pada
hari Khamis. Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan 13 Mac sebagai
tarikh penamaan calon dan 21 Mac bagi hari mengundi.
PERDANA
MENTERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
Ini
adalah pertama kali pilihanraya dalam tempoh lebih 22 tahun di mana
gabungan parti pemerintah tidak diperintah oleh bekas perdana menteri
Mahathir Mohamad.
Perhatian
akan diberi kepada penerajunya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi,
yang mengambil alih daripada Mahathir yang bersara pada Oktober
2003 yang lalu.
Pilihanraya ini akan menjadi
ujian getir yang pertama untuk menguji kebolehan Abdullah dalam
mempertahankan kedudukan United Malays National Organisation (UMNO),
yang merupakan kuasa dominan dalam Barisan Nasional.
Sebarang
tanda hilang sokongan terhadap UMNO boleh menyebabkan Abdullah dicabar
kepimpinannya dalam perhimpunan agong parti, tahun ini.
PERANAN
ISLAM
Lebih
60 peratus daripada rakyat Malaysia terdiri daripada orang Islam,
dan peranan agama dalam kerajaan seringkali menjadi isu perdebatan
dalam negara yang berbilang kaum ini, yang juga terdiri daripada
kaum Cina dan India sebagai minoriti.
Parti
pembangkang utama, Parti Islam Semalaysia (PAS), berkata kerajaan
yang ada kerajaan sekular dan mahu mengubah Malaysia menjadi negara
Islam yang melaksanakan undang-undang Syariah.
PAS
kini bertanding untuk undi daripada orang Islam bersama dengan UMNO,
yang turut menggunakan isu Islam. UMNO mendakwa dialah yang melaksanakan
Islam yang sebenar, sedangkan PAS hanya menawarkan versi yang diputarbelitkan.
Kerajaan
telah menggunakan kempen menentang keganasan untuk menggambarkan
PAS sebagai militan yang merbahaya, dan telah menahan beberapa orang
ahli parti yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas tanpa bicara.
KAUM
Terdapat
rasa tidak puas hati di kalangan Cina yang mendominasi ekonomi dan
kaum India atas layanan istimewa yang diberikan kepada orang Melayu
dalam pendidikan dan perniagaan, walaupun terdapat parti utama mewakili
kedua-dua kumpulan etnik tersebut dalam gabungan pemerintah.
Pilihan
mereka terhad kerana mereka tidak mempunyai jumlah yang mencukupi
untuk memenangi kuasa bagi kaum mereka sendiri. Mereka lebih cenderung
kepada dasar-dasar Umno -- yang telah mengetuai Barisan Nasional
sejak memperoleh kemerdekaan daripada British pada 1957 -- berbanding
dasar-dasar PAS yang berteraskan Islam.
RASUAH
Semua
parti pembangkang, termasuk PAS, mendakwa parti pemerintah Barisan
Nasional telah membiarkan berleluasanya rasuah dan kronisme setelah
menerajui pemerintahan berdekad-dekad lamanya.
Perdana
Menteri Abdullah telah mengisytiharkan perang menentang rasuah iaitu
misi utama pentadbirannya, dan beberapa kes melibatkan orang ternama
telah dihadapkan ke mahkamah.
Walaupun
perkembangan ini diterima ramai, parti pembangkang tetap curiga
dengan kebolehan beliau atau keikhlasannya untuk membuat perkara
yang sama terhadapa ahli-ahli politik yang lebih berpengaruh dalam
parti.
ANWAR
IBRAHIM
Kes
bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim, yang dipecat oleh
Mahathir dan kemudiannya dipenjarakan, merupakan isu utama dalam
pilihanraya yang lalu pada 1999, tetapi tumpuan kepada keadaannya
semakinberkurangan.
Perjuangannya
- bahawa dia telah dipenjarakan atas sebab sodomi dan rasuah bagi
menghalang sebarang cabaran terhadap Mahathir -- masih diteruskan
oleh Parti Keadilan Nasional, yang diterajui oleh isteri beliau
sendiri, Wan Azizah Wan Ismail.
|