Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:32 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Parti-parti
utama yang bertanding dalam pilihanraya Malaysia
Berikut
adalah senarai parti-parti utama yang akan bertanding dalam pilihanraya
umum Malaysia, yang dijangkakan akan diadakan bulan ini selepas
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pembubabran parlimen
Rabu lepas.
Barisan
Nasional
Gabungan
pelbagai kaum ini telah memegang tampuk pemerintahan sejak merdeka
dari British pada tahun 1957. Ia mempunya formula pengagihan kuasa
kepada 14 partinya, dengan United Malays National Organization (UMNO)
sebagai parti dominannya.
Gabungan
ini, yang melibatkan parti-parti penting mewakili kaum-kaum minoriti
Cina dan India, menguasai 150 dari 194 kerus di persidangan parlimen
lepas, tetapi telah kehilangan undi popular dari 65 peratus pada
tahun 1995 kepada 56 peratus pada pilihanraya 1999.
Gabungan
ini dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai pemerintah.
UMNO
Ditubuhkan
pada tahun 1946 untuk mempertahankan hak-hak kaum majoriti Melayu,
UMNO mempunyai lebih dari 2.8 juta ahli. Memandangkan ia adalah
parti dominan dalam Barisan Nasional, presiden dan timbalan presiden
UMNO mengikut tradisinya akan dilantik menjadi Perdana Menteri dan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
UMNO
memegang 72 kerusi di parlimen selepas hilang 20 kerusi kepada parti
pembangkang Parti Islam Semalaysia (PAS) pada tahun 1999.
Pilihanraya
ini digembar-gemburkan sebagai ujian getir untuk UMNO dan juga sebagai
mandat untuk pemimpin barunya, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi,
kurang lima bulan selepas beliau mengambilalih jawatan Mahathir
Mohamad yang bersara 31 Oktober tahun lepas selepas 22 tahun berkuasa.
PAS
Parti
Islam Semalaysia (PAS) telah meraih kejayaan besar ketika pilihanraya
1999, dah kini ia adalah lawan utama kepada UMNO. Parti itu menguasai
2 dari 13 negeri di Malaysia dan memegang 26 kerusi di Parlimen.
Ditubuhkan
pada tahun 1951 oleh ulama-ulama Islam pada masa itu, PAS telah
menyertai Barisan Nasional pada 1973, tetapi telah disingkirkan
4 tahun kemudian kerana pemberontakan rakyat di utara Kelantan yang
menentang pelantikan Menteri Besar dari Kuala Lumpur.
Mesejnya
yang menggesa rakyat untuk meninggalkan kekayaan dunia untuk balasan
di kemudian hari, kelak telah berjaya menarik ramai pengundi di
pantai timur. PAS bercadang untuk membina sebuah negara Islam yang
melaksanakan undang-undang Shariah.
Keadilan
Parti
Keadilan Nasional (Keadilan) ditubuhkan pada tahun 1999 dan diketuai
oleh Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada bekas timbalan perdana
menteri, Anwar Ibrahim yang dipenjarakan.
Anwar
telah dihukum penjara selama 15 tahun untuk sodomi dan rasuah selepas
dipecat oleh Mahathir pada tahuun 1998. Beliau mendakwa yang beliau
telah dianiaya kerana mencabar kedudukan Mahathir.
Keadilan
telah memegang 5 kerusi parlimen.
DAP
Democratic
Action Party (DAP) telah memegang 10 kerusi, dan adalah parti bukan
Melayu pembangkang yang paling utama.
DAP
diasaskan sebagai sebuah cawangan People's Action Party di Singapura,
tetapi telah dilancarkan apabila Singapura disingkir dari Persekutuan
Malaysia pada tahun 1965. Objektif parti ini adalah untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara demokratik dan sosialis. Parti ini juga adalah
ahli kumpulan Sosialis Antarabangsa.
Kebanyakan
dari sokongannya datang dari bukan Melayu, terutamanya kaum minoriti
Cina yang hampa dengan keutamaan yang diberikan dalam bidang pendidikan
dan perniagaan untuk kaum Melayu.
Parti
ini telah bergabung dengan PAS dan Keadilan untuk pilihanraya tahun
1999, tetapi telah menarik diri pada tahun 2001 kerana pertelagahan
dengan PAS mengenai isu-isu Islam.
|