Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:33 PM
PILIHANRAYA
UMUM KE-11
Pemimpin-pemimpin
parti tumpuan dalam pilihanraya Malaysia
Berikut
adalah gambaran ringkas pemimpin-pemimpin dalam parti utama untuk
pilihanraya Malaysia, yang akan diadakan pada 21 Mac ini, selepas
parlimen dibubarkan Rabu lepas.
--
Abdullah Ahmad Badawi, 64, menjadi Perdana Menteri Oktober lepas
setelah Mahathir Mohamad bersara selepas 22 tahun memerintah. Beliau
sebelumnya adalah timbalan kepada Mahathir.
Abdullah
mengetuai parti United Malays National Organisation (UMNO), parti
dominan dalam Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia sejak
merdeka dari British pada tahun 1957.
Abdullah
yang dikenali di kalangan penyokongnya sebagai "Mr Nice Guy"
mempunyai sifat kurang berkonfrontasi berbanding Mahathir yang agresif;
namun kebolehannya untuk menarik undi dan menyatukan UMNO yang sering
berpecah belah masih diragui.
Abdullah
dilahirkan pada November 1939 di Pulau Punang, di pantai barat Malaysia.
Bapanya adalah salah seorang dari pengasas UMNO. Setelah mendapat
ijazah dalam Pengajian Islam pada tahun 1964, beliau berkerja di
perkhidmatan awam sebelum dilantik ke parlimen pada tahun 1978.
UMNO
telah memenangi 72 kerusi dari 150 kerusi Barisan Nasional dalam
parlimen lepas.
---
Abdul Hadi Awang, 56, mengetuai parti pembangkang utama, Parti Islam
Semalaysia (PAS), yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam
yang melaksanakan undang-undang Syariah, termasuklah hukum hudud.
Abdul
Hadi, ketua pihak pembangkang di Parlimen, menjelaskan yang PAS
bukanlah parti ekstremis, tetapi sebuah parti "pure fundamentalist"
yang hanya mengikut ajaran Tuhan.
Dalam
pilihanraya 1999, PAS meraih tiga kali ganda lebih banyak kerusi
parlimen dari sebelumnya. Parti itu juga menguasai dua kerajaan
negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan di pantai timur.
--
Lim Kit Siang, 63, adalah pemimpin veteran parti pembangkag Democratic
Action Party (DAP) yang telah dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA), yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan.
Beliau
adalah salah seorang ahli Parlimen dari tahun 1969 sehingga 1999,
menjadi ketua pembangkang di Parlimen dari tahun 1975 hingga 1999.
Lim
berkempen untuk sebuah negara Malaysia yang sosialis dan demokratik.
Partinya, yang memegang 10 kerusi, adalah ahli kumpulan Socialist
International, dan mendapat kebanyakan sokongan dari sebahagian
kaum Cina.
--
Wan Azizah Wan Ismail, 52, menyertai politik sebagai ketua Parti
Keadilan Nasional (Keadilan) yang ditubuhkan selepas suaminya Anwar
Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun
1998 dan dipenjarakan atas tuduhan rasuah dan sodomi.
Dalam
pilihanraya umum 1999, Wan Azizah bertanding di kerusi parlimen
Anwar di Permatang Pauh, Pulau Pinang dan telah menang. Parti itu
juga telah memenangi 4 lagi kerusi.
Beliau
tidak jemu berkempen untuk keadilan, ketelusan dan perubahan di
Malaysia.
|