Seruan Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:06 PM

MINDA ANWAR (Bahagian  2)

Perlu perangi rasuah di peringkat  tinggi

Berceramah tentang isme-isme  tiruan, amat merbahaya, bukan saja  kemakmuran ekonomi dunia yang saling perlu-memerlukan tetapi juga masa depan sesebuah masyarakat madani global. Retorik berbunga-bunga yang memudahkan isu-isu kompleks menjadi simplistic  bagi tujuan penyelesaian politik menunjukkan kejahilan yang menghairankan terhadap pertanggungjawaban. Bagi integrasi ekonomi berkembang terus di rantau Asia Pasifik, harga yang perlu dibayar bagi dasar-dasar yang tidak sihat, yang kian menjadi bertambah berat.

Bagi mengelak kesilapan yang tinggi kosnya, kita perlukan kerangka polisi berdasarkan kefahaman akan realiti sosio-budaya yang kompleks daripada persepsi popular yang naďf. Kita tidak boleh, dan jangan terperangkap dengan stereotaip yang digembar-gembur dan dibesar-besarkan.

Kita mengalu-alukan, contohnya, kesedaran di Barat akan kepentingan agama dan keluarga dalam memupuk sesuatu bangsa. Kesedaran akan prinsip-prinsip tersebut, pada suatu masa ditolak sebagai kesibukan dunia Timur yang tidak mendapat ketenangan, manifestasinya ke arah idealisme dan aspirasi kita. Walau bagaimanapun, dalam mengejar kebangkitan agama dan moral, kita tidak boleh benarkan matlamat dirampas oleh moral dan budaya yang keterlaluan, samada ia dari Timur atau Barat.

Kita perlu memikirkan semula kebijaksanaan yang biasa, penerimaan terhadap dasar-dasar, daripada hak asasi kepada pembasmian kemiskinan , kepada kata-kata yang  mengasyikkan tentang pasaran bebas, sebagai penawar semua bagi setiap penyakit yang dialami oleh masyarakat. Di Asia, kita percaya bahawa kerajaan mempunyai peranan yang wajar bukan saja menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga dalam membetulkan ketidakseimbangan ekonomi dan memastikan keadilan sosial. Dengan berbuat demikian, kita mangambil jalan tengah dalam polisi ekonomi, antara dua ekstrim sosialisme dan kapitalisme pasaran.

Kebangkitan semula Asia Timur akan mengeluarkan lebih kurang dua bilion penduduk daripada kemiskinan. Ini akan pastinya menjadi antara fenomena yang amat dialukan dalam sejarah manusia. Ia agak meragukan, walau bagaimanapun, tidak akan tercapai tanpa dedikasi dan komitmen terhadap kebajikan sebenar rakyat, kalangan mereka yang berkuasa.

Asia yang makmur perlu melahirkan kebangkitan Asia yang baru yang melangkah jauh melebihi ekonomi dan menyempurnakan budaya kebendaan. Pembangunan budaya intelektual dan kesenian juga memerlukan, pembangunan di tahap ini,  dengan bantuan kerajaan. Sekurang-kurangnya, ia memerlukan pengiktirafan bahawa kesejahteraan manusia merangkumi lebih daripada apa yang boleh diukur oleh data ekonomi  dan indeks kewangan.

Dalam perihal tadbir selia, piawaian sedunia dan norma yang diterima berdasarkan nilai-nilai yang dikongsi mesti diiktiraf. Pertama ialah idea maruah manusia, dari mana kita menghurai konsep dan membetuk fahaman kontemporari mengenai hak asasi manusia. Tidak dinafikan, kita mungkin berbeza dari maklumat terperinci tetapi sebalik perbezaan tersebut, tiada sistem nilai atau budaya, Asia, Eropah, Afrika, atau Amerika, boleh bersekongkol atau mengizinkan pembunuhan rakyat atau penangkapan dan penahanan mereka tanpa sebab.

Institusi-institusi politik juga mengambil masa untuk berubah dan setiap masyarakat perlu memanggil kebijaksanaan untuk maklumbalas kepada masalah-masalahnya sendiri, dengan itu menyebabkan pendekatan politik yang pelbagai. Tetapi, sementara tiada dua demokrasi yang sama, penerimaan kepelbagaian tidak semestinya bermaksud menggantung beberapa hak asasi yang diiktiraf dunia. Terpenting antara semua ialah hak ekonomi. Kemiskinan rakyat jelata dan kesengsaraan manusia adalah realiti sebenar di Asia. Adlai Stevenson telah menyebut tidak lama dulu, bahawa seorang yang lapar bukan seorang yang merdeka. Dengan itu, memerangi kemiskinan mesti menjadi antara yang teratas dalam senarai keutamaan.

Akhir sekali, tidak mungkin wujudnya masyarakat madani dan kemakmuran ekonomi, tanpa kestabilan rantau. Kita memerlukan sistem keselamatan yang kolektif, berwibawa dan dipercayai. Oleh itu, kita mesti wujudkan usahasama yang kuat, ekonomi dan masyarakat madani, seiring dengan pertumbuhan ekonomi - bagi demokrasi dan pertumbuhan bukan eksklusif - ialah jaminan terbaik keamanan serantau dan keselamatan bagi generasi akan datang.