Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:41 PM
Pilihan
raya 2004: Pertembungan antara Umno dan PAS
Perdana
Menteri Abdullah Ahmad Badawi, sedang menanti untuk mendapatkan
mandat setelah mengambilalih pemerintahan Oktober lalu, kini PM
hadapi ujian getir daripada PAS, dalam pilihan raya umum kali ini.
PAS berkuasa didua daripada
13 buah negeri dan menambah tiga kali ganda bilangan kerusi DUN
dalam pilihan raya 1999. PAS memacu ombak kekecewaan rakyat terhadap
parti pemerintah yang didakwa angkuh dan rasuah kerana sudah berkuasa
semenjak mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957.
Para
analis telah memberi amaran sokongan kepada PAS tidak akan berkurangan,
ini akan menjadi cabaran kepada Abdullah yang meneraji Umno dan
sebagai Perdana Menteri.
Abdullah
yang mengambilalih daripada Mahathir, mengumumkan hari ini Parlimen
dibubarkan, lapan bulan sebelum berakhir penggal lima tahun.
Mengikut
undang-undang, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60
hari, seperti yang dijangka pilihan raya akan diadakan sebelum hujung
bulan Mac.
Pilihan
raya awal juga akan memberi Abdullah menggunakan penerimaan rakyat
terhadap janji-janjinya memerangi rasuah, walaupun imej ‘Mr Clean’
nya telah tercemar baru-baru ini oleh dakwaan pembangkang bahawa
polis telah membersihkan siasatan yang dibuat ke atas anaknya yang
terlibat dalam rangkaian pasaran gelap nuklear antarabangsa.
Pilihan
raya bagi dewan undangan negeri akan diadakan di 12 buah negeri
serentak dengan parlimen. PAS yang berkuasa di timur laut, Kelantan
dan Terengganu, meletakkan sasaran mengambil lagi empat buah negeri.
PAS
mempunyai peluang tipis membentuk kerajaan pusat. Sejumlah besar
kaum Tionghua dan minoriti India akan menentukan kuasa memerintah,
dan dilihat mereka tidak akan menyokong agenda Negara Islam PAS.
Parti
utama Cina dan India adalah antara 12 buah parti yang membentuk
gabungan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Umno. Daripada jumlah
194 kerusi dalam parlimen yang dibubarkan, BN memegang 150 kerusi,
termasuk Umno 72, sementara PAS 26.
Kemaraan
PAS dalam pilihan raya lalu juga disebabkan kemarahan rakyat terhadap
pemecatan dan penangkapan timbalan perdana menteri pada masa itu,
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Tetapi kini, isu tersebut
telah senyap dan tidak sehangat 1998.
Abdullah
sebaliknya menumpukan perhatian kepada tuduhan rasuah dan kronisme
kalangan golongan memerintah, mengisytiharkan perang terhadap rasuah
satu keutamaan bagi pentadbirannya.
Seorang
menteri kabinet dan ahi korporat telah diheret ke mahkamah di atas
skandal yang telah lama diketahui ramai. Tetapi pembangkang tidak
percaya akan kesanggupan dan kemampuan Abdullah mengambil tindakan
terhadap mereka yang tinggi dalam struktur kerajaan.
Abdullah
yang dikenali oleh penyokongnya sebagai "Mr Nice Guy",
mempunyai cara yang tidak berlainan daripada Mahathir yang ‘laser’
dan keras, tetapi menghadapi keraguan orang ramai akan kemampuannya
menyatukan Umno yang sering berpuak-puak dan pengundi.
Pilihan
raya ini akan menjadi ujian pertama dan akan diikuti secara dekat
jika terdapat sebarang perubahan para pengundi terhadap Barisan
Nasional setelah Mahathir bersara.
Mahathir
tidak akan bertanding ke parlimen, di mana dia telah mula dipilih
pada tahun 1964.
|