Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:47 PM
Sokong
calon BA- Ho Pang Chow, Ahli Majlis Kota Bahru
Ahli
Majlis Kota Bahru (MPKB), Ho Pang Chow mengajak masyarakat Cina
memberi kepercayaan penuh terhadap calon PAS dan Parti Keadilan
Rakyat Malaysia (KeAdiLan) bagi membawa perubahan terhadap senario
politik negeri itu.
"Berilah
kepercayaan kepada calon Barisan Alternatif (BA)untuk menjadi tunjang
politik di negeri ini kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak
mampu membawa perubahan bahkan menambahkan kesengsaraan rakyat dengan
berbagai tekanan, " jelasnya.
Selama
ini MCA dan Umno telah memberi tanggapan salah terhadap PAS kononnya
kemenangan parti itu boleh memudaratkan kaum Cina.
Kata
Ho Pang Chow lagi, PAS bukan parti ekstrim sebaliknya sebuah parti
yang boleh menerima budaya serta agama kaum lain.
"Jika
Kerajaan Kelantan tidak menerima budaya dan agama di negeri itu,
kenapa pula ada tokong Buddha besar di sana atau kenapa Menteri
Besar Terengganu boleh menerima persembahan tarian singa ketika
hari perayaan, " tegasnya.
Menurutnya
lagi, di Kelantan dan Terengganu, perkembangan yang sihat dapat
dilihat apabila masyarakat Cina tidak lagi takut hendak mengunjungi
pusat semakan pemilih PAS berbanding pilihan raya yang lalu.
Menurut
beliau, situasi ini amat mencemaskan Umno dan BN yang berusaha merampas
semula kerajaan Kelantan dan Terengganu dalam pilihan raya umum
pada 21 Mac depan.
Beliau
berharap pengundi Cina di Pulau Pinang dapat mencontohi pengundi
Cina di Kelantan dan Terengganu yang berani melakukan pembaharuan
berdasarkan sistem demokrasi di negara ini.
|