Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:48 PM
SMS
dekati pengundi dalam pilihanraya kali ini
Telefon
bimbit kini telah menjadi 'medan perang' untuk pilihanray akan datang
ini, dengan parti-parti politik yang semakin bijak IT, menghantar
berpuluh ribu mesej pendek setiap hari untuk menarik undi sebelum
pilihanraya 21 Mac ini.
Barisan
Nasional, yang diketuai Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan
lawannya, parti Islam PAS menggunakan keupayaan Short Messaging
System (SMS) untuk memberi maklumat kepada para profesional di kawasan
bandar, menjadikan pilihanraya ini yang paling canggih, berbanding
sebelum ini.
Di
tingkat 37 bangunan Umno di tengah tengah pusat bandar, ahli-ahli
sayap Pemuda yang duduk di hadapan komputer mereka menghantar lebih
kurang 50,000 SMS setiap hari untuk mengingatkan rakyat Malaysia
mengapa Abdullah patut mendapat sokongan.
"Undi
PM yang mahukan anda bekerja dengannya, dan kami akan bekerja untuk
anda," kata salah satu nota yang telah terpapar di telefon
bimbit di sini melalui SMS.
"Pilihanraya
ini bukanlah satu eksperimen. Jangan menggadaikan masa hadapan anda,"
kata satu lagi.
Ketua
Pemuda Umno Abdul Rauf berkata: "SMS adalah cara baru dan berkesan
untuk kami menghantar mesej dalam dunia teknologi baru ini. Kami
juga menghantar SMS untuk menaikkan semangat pekerja kami ketika
bertugas."
PAS,
yang menguasai dua dari 13 negeri Malaysia dan mahu menukar Malaysia
kepada negara teokrasi dengan undang-undang Syariah seperti Taliban,
lengkap dengan pemotongan tangan dan perejaman batu, telah juga
menggunakan SMS untuk menggesa rakyat untuk "mengundi untuk
Malaysia baru."
"Kita
mesti mengikut arus perkembangan semasa. Kita telah diskeat oleh
media, jadi berkempen melalui SMS memberi kita peluang untuk menyampaikan
pesanan kita kepada rakyat terutamanya golongan pertengahan dan
terpelajar," kata ahli PAS Puast Mohamad Hatta Ramli.
Selain
daripada kosnya yang rendah, SMS ialah cara yang paling mudah, pantas,
dan efisyen untuk menyampaikan pesanan, apatah lagi dengan penggunaaan
telefon bimbit yang tinggi di Malaysia. Seramai 10 juta dari 25
juta rakyat Malaysia mempunyai telefon bimbit, dan angka ini semakin
meningkat.
Parti-parti
Cina dan India di dalam BN dan juga parti pembangkang lain turut
menyertai perang SMS ini dengan mesej-mesej dalam Mandarin dan Tamil
untuk golongan minoriti ini.
M
Kayveas, yang mengetuai the People's Progressive Party yang merupakan
parti kecil dalam BN, menganggarkan lebih separuh dari 10.3 juta
pengundi dalam pilihanraya akan datang ini mempunyai telefon bimbit,
dan SMS mampu menjadikan BN lebih dekat dengan golongan muda.
"SMS
kini menjadi satu kegilaan. Telefon bimbit ialah medan perang kita
yang baru kerana ia sangat mudah dan lebih efektif dari kempen rumah-ke-rumah.
Kita juga dapat mendekati golongan yang lebih muda," kata Kayveas,
yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Parti
kaum India ini telah melancarkan kempen "Satu juta SMS untuk
menyokong BN dan PM Abdullah" pada hari Rabu. Ia melibatkan
penghantaran mesej kepada penyokong, dan meminta mereka untuk membalas
mesej tersebut sebagai tanda sokongan.
Namun,
perang SMS ini ada negatifnya.
Mesej-mesej
yang menyerang peribadi individu atau parti telah tersebar tanpa
diketahui puncanya, menyebabkan Pemuda Umno telah menubuhkan unit
pemerhati untuk mengawasi mesej-mesej ini.
Salah
satu SMS didakwa menyatakan sokongan untuk PAS dengan menggunakan
logo bulan dan pernyataan: "Tuhan Maha Kuasa. Jihad untuk kebaikan
dunia dan akhirat."
Namun,
pegawai PAS menyatakan kebimbangan yang mesej seumpama menyokong
kemilitan Islam dan ekstremisme, dan ini mampu menimbulkan ketakutan
di kalangan pengundi dan boleh menjejaskan peluang parti. Mohamad
Hatta berkata ia mungkin hasil kerja penyokong ataupun "pranksters",
dan PAS berusaha untuk menghasilkan mesej yang mudah difahami.
|