Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:49 PM
PM
Malaysia perlu menang besar untuk majukan ekonomi: S dan P
Perdana
Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi perlu menang dengan mandat
besar pada pilihan raya 21 Mac ini bagi membolehkan beliau untuk
meneruskan inisiatif memperbaharui dan menyelesaikan sebarang cabaran
ekonomi, menurut Standard and Poor's Rabu lalu.
Agensi
antarabangsa itu telah menaikkan taraf kredit matawang asing jangka
panjang Malaysia kepada A-minus dari BBB-plus dan mengukuhkan taraf
jangka pendeknya dengan masa hadapan yang stabil.
Tetapi
pengarah penarafan S dan P Ping Chew berkata pada Rabu lalu, ia
memerlukan lebih daripada itu untuk meningkatkan lagi taraf Malaysia
memandangkan ianya semakin lama semakin 'mencabar.'
"Kami
sedang menunggu mandat yang akan diberi kepada pentadbiran Abdullah,"
kata Chew kepada agensi berita Bernama.
"Yang
pentingnya untuk 100 hari pertama (di pejabat),beliau telah menjalankan
beberapa inisiatif pembaharuan."
Abdullah,
yang juga menteri kewangan, telah menjalankan perang rasuah sebagai
matlamat utama pentadbirannya dan telah menukarkan fokus daripada
projek mega kepada sektor pertanian.
Tetapi
kejayaan besar dalam pilihan raya, diperlukan oleh beliau untuk
meneruskan perkara ini dan untuk membentuk polisi masa hadapan,
kata Chew.
Agensi
itu turut menyebut tahap hutang Malaysia yang tinggi, defisit belanjawan
yang melampau dan kelembapan dalam pelaburan asing sebagai isu utama
yang perlu diselesaikan sebelum taraf Malaysia dapat diperbaiki.
Chew
berkata tahap hutang Malaysia dan defisit belanjawan tahun lepas
iaitu sebanyak 5.5 peratus daripada jumlah kasar hasil dalam negeri
mesti dikurangkan memandangkan kedua-duanya adalah tinggi berbanding
pesaingnya dalam kategori kedudukan A.
Walaupun
kerajaan telah mengukuhkan dan menguatkan kedudukan hasil negara,
Chew berkata masih banyak yang perlu diperbaiki sebelum Malaysia
dapat mencapai belanjawan yang seimbang seperti yang dilakukan oleh
Thailand pada tahun ini.
Kerajaan
mensasarkan untuk mengurangkan defisit pada tahun ini, untuk kali
yang ketujuh, kepada 3.3 peratus GDP dan berharap dapat mengimbangkan
belanjawan sebelum 2006 dengan menjadikan sektor swasta sebagai
enjin pertumbuhan.
Chew
membuat pemerhatian yang pelaburan asing, yang merosot dalam dua
tahun yang lalu, mencatatkan perubahan positif pada suku keempat
pada tahun lepas, dan agensi itu akan mengawasi pencapaian tersebut.
Walaupun
Malaysia mempunyai aset cair dalam negeri yang mencukupi, pelaburan
asing adalah kunci untuk memastikan pemindahan teknologi yang secukupnya,
bagi mencapai wawasannya menjadi ekonomi berasaskan ilmu sebelum
2020 dan mengurangkan keperluan kerajaan untuk melabur dalam negeri
sendiri, katanya.
Dari
segi yang lebih positif, sistem perbankan Malaysia baik sekali dan
S dan P tidak melihat sebarang risiko besar, kata Chew.
Tetapi
beliau memberi amaran kemungkinan masalah akan berlaku terhadap
Malaysia jika pertumbuhan di Amerika Syarikat, salah satu pasaran
eksport utamanya, tidak bertahan pada separuh kedua tahun ini.
|