Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:50 PM
Barisan
kepimpinan baru PAS Kelantan
PAS
akan menyenaraikan pemimpin muda untuk bertanding dikerusi negeri
Kelantan termasuk penjawat Pengkalan Chepa MP Nik Mohd Amar Nik
Abdullah yang menjadi calon utama untuk barisan pelapis negeri tersebut.
Senarai
akhir calon PAS di Kelantan telah menyaksikan ulama muda itu (sarjana
keagamaan) akan bertanding kerusi negeri DUN Pancur - tanda kesediaan
parti melatih pemimpin baru untuk mengambil-alih daripada penasihat
rohaniah PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.
Senarai
yang dibuat itu turut mendedahkan timbalan Nik Abdul Aziz, Abdul
Halim Abdul Rahman yang dispekulasi akan mengambilalih kepimpinan,
sebaliknya, akan bertanding untuk kerusi parlimen.
Ketua
penerangan PAS Kelantan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah tidak menolak
kemungkinan bahawa Nik Amar akan dilatih untuk mengambilalih tempat
Nik Aziz, di mana katanya, telah memberi tanda-tanda buat beberapa
kali.
Menurutnya, Nik Amar, 45,
mempunyai sifat kepimpinan yang seakan sama dengan Nik Aziz. Dipercayai,
ianya tidak akan menjadi terlalu susah untuk ahli politik muda itu,
memenangi hati rakyat Kelantan.
"Beliau
mempunyai kredibiliti Islam bertauliah dan ciri-ciri kepimpinan.
Beliau juga ahli pidato yang terkenal di kalangan orang Kelantan.
Begitu juga, kelas agamanya amat dikenali, seperti Tok Guru juga,"
katanya.
Beliau
juga berkata, latar belakang kuat Nik Amar adalah bonus yang bernilai
sebagai pewaris yang jelas kepada Nik Aziz. (Ayahnya, Allahyarham
Nik Abdullah juga merupakan pemimpin PAS Kelantan dan MP Pengkalan
Chepa Pauh pada 1986 dan 1990)
Beliau
merupakan salah seorang pelajar terbaik dan ketua pelajar di sekolah
agama termasyhur di Kota Bharu, Maa'had Mahamadiah, sebelum melanjutkan
pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Kuala Lumpur
untuk memperoleh ijazah dalam pembelajaran Islam.
Beliau
berada di United Kingdom untuk beberapa tahun untuk memperoleh sarjana
ijazah dan, seterusnya mengajar di UIA sehingga beliau memenangi
kerusi Pangkalan Chepas semasa pilihan raya umum 1995.
Semasa
pilihan raya 1999 beliau berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah
dengan mengalahkan calon UMNO Mohd Noor Deris dengan kemenangan
besar iaitu majoriti sebanyak 15,945.
Sementara
itu, Wan Abdul Rahim telah mengesahkan bahawa penjawat Kubang Krian
MP Husam Musa telah dikeluarkan dari barisan parlimen negeri, sebaliknya
beliau akan bertanding untuk kerusi DUN Demit.
"Pemindahannya
kepada kerusi adalah hanya untuk mengukuhkan pentadbiran PAS di
Kelantan," kata Wan Abdul Rahim.
Sumber
PAS mendedahkan bahawa Husam, 45, seorang graduan ekonomi dari Universiti
Malaya, telah ditukarkan kepada peringkat negeri untuk bersama dalam
kepimpinan Nik Amar apabila diambilalih kemudiannya.
"Ianya
akan menjadi rakan-ulama di Kelantan. Ini akan menjadi pasukan yang
menggerunkan dan lebih mencabar, untuk menyingkirkan kerusi PAS
daripada berkerusi.
Sumber
tersebut turut menolak anggapan bahawa pengeluaran Husam akan melemahkan
pasukan parlimen pembangkang.
"Kerusi
Kubang Kerian Husam akan diambil-alih oleh ketua pemuda PAS Salahuddin
Ayub yang merupakan satu-satunya ahli PAS bukan orang Kelantan untuk
bertanding dalam negeri. Ketua pemuda itu adalah sama lantang seperti
Husam, kami tidak menyangkal dakwaan itu."
Husam,
semasa dihubungi, turut bersetuju, katanya Salahuddin dapat memberi
suara yang kuat dalam parlimen.
Semasa
ditanya tentang pemindahan ke peringkat negeri yang dilihat sebagai
negatif, Husam berkata: "Kami tidak mempunyai tanda aras seperti
itu. Jika parti percaya yang saya dapat berkhidmat lebih baik sebagai
ahli dewan Demit maka saya akan menerimanya."
Beliau
enggan mengulas tentang spekulasi bahawa beliau dan Nik Amar akan
disiapkan untuk barisan kepimpinan negeri yang berikutnya.
"Saya
tidak tahu jika saya layak untuk berada di peringkat kepimpinan
yang tertinggi di Kelantan. Pada masa sekarang, saya akan menumpukan
perhatian, bagaimana untuk memberi tentangan yang baik untuk kerusi
DUN Demit dan insya'Allah jika saya menang, saya akan cuba berkhidmat
dengan baik untuk orang di sana," katanya.
Bagi
surat rayuan yang dijalankan oleh beliau bagi kedua-dua kerusi parlimen
dan negeri, Husam berkata PAS Kelantan tidak terlalu mengambil kira
pelaksanaan tersebut.
Husam
telah berkhidmat sebagai setiausaha penerbitan Nik Aziz dari 1990-1993
dan setiausaha politik dari 1993-1999.
Semasa
awal penglibatannya pada 1999, Husam memperoleh kemenangan ke atas
calon Barisan Nasional Zaleha Hussin dengan majoriti sebanyak 16,091.
Sejumlah 34,677 undian telah dijalankan.
Senarai
tersebut mendedahkan sebahagian besar penjawat akan mempertahankan
kerusi mereka. Antaranya ialah Kamarudin Jaffar (kerusi parlimen
Tumpat), Anuar Tan (kerusi negeri Kota Lama), Wan Ismail Jusoh (kerusi
negeri Melor) dan, Apendi Mohamad (kerusi parlimen Jeli).
Untuk
memikat pengundi di kalangan wanita dengan bersungguh-sungguh, dua
pemimpin Muslimat Kalthom Othman dan Rohani Ibrahim telah dipilih,
untuk masing-masing bertanding dikerusi parlimen Pasir Puteh dan
kerusi negeri Tanjung Mas.
Kedua-dua
kawasan itu dianggap kerusi selamat bagi parti.
Keadilan
akan bersaing untuk tiga kerusi parlimen (Ketereh, Kota Bharu dan
Tanah Merah) dan dua kerusi negeri (Paloh dan Nenggiri).
Pendatang
baru bagi pilihan raya Dr Zulkifli Muhamad telah dipilih oleh kepimpinan
negeri untuk memberi cabaran sengit kepada ahli majlis tertinggi
Umno Tengku Razeleigh Hamzah bagi kerusi parlimen Gua Musang.
|