Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:24 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Kadar
kematian tinggi di jalanraya sebab rasuah
Kematian
ramai pemandu di jalanraya Malaysia meletakkan kembali fokus kepada
masalah yang telah lama di hadapi di Malaysia - kadar kematian yang
tinggi disebabkan kemalangan jalanraya.
Kemalangan yang membawa maut
di jalanraya Malaysia adalah tiga kali ganda lebih tinggi berbanding
Australia, yang mempunyai penduduk yang sama seperti negara kita.
Ini bermakna 5,000 orang setahun, lebih kurang 14 orang sehari.
Tragedinya, semua itu boleh dielak.
Sebanyak
mana kita merasa belas kepada mangsa-mangsa, kita wajar melihat
kepada sistem yang membuatkan jalanraya di negara ini perangkap
maut. Ia suatu sistem yang berpuluh tahun telah dibuat dan tidak
mendapat perhatian yang sewajar kerana berbagai sebab.
Tanpa
memperkecilkan semua langkah jangka pendek yang telah diambil untuk
mengurangkan kematian di jalanraya, ianya tidak akan memberi kesan
yang dirasai tanpa perubahan struktur kepada cara manusia dan jentera
dibenarkan di jalanraya.
Yang
menyedihkan ialah kadar kematian di jalanraya tidak akan berubah
dalam sehari tetapi ia boleh dikurangkan dalam beberapa tahun jika
langkah-langkah yang betul diambil segera dan sekarang. Begitu juga
jika pihak berkuasa terus memberikan perhatian dengan apa yang sudah
dimulakan.
Bagi
mengatakan yang nyata - kerana ia perlu dinyatakan - dua perkara
yang menyebabkan kemalangan jalanraya: manusia dan kenderaan. Jadikan
tiga dengan memasukkan keadaan atau situasi, atau lebih tepat kurangnya
kondisi, jalanraya.
Di
bawah manusia, ada dua kategori manusia: pemandu/pembonceng/pejalan
kaki dan satu lagi mereka yang mengawal/membenar kumpulan pertama
dijalanraya. Pertama sekali, pemandu dan penunggang motosikal perlukan
lesen untuk memandu di jalanraya.
Kita
semua tahu reputasi pihak badan perlesenan. Panggilan pemandu lessen
kopi-o bukan diberi tanpa sebab, kerana mereka ini adalah pemandu
yang membayar imbuhan untuk dapatkan lessen. Jika proses mendapat
lessen dicemari amalan rasuah, bagaimana dapat dipastikan semua
pemandu dan penunggang motosikal benar-benar cekap memandu?
Menyedihkan lagi, walaupun
kenyataan-kenyataan keras telah dibuat tentang rasuah oleh Perdana
Menteris sendiri, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memilih
untuk tidak bertindak.
Pengerusi
JPJ dilaporkan telah meminta, yang belajar memandu untuk datang
ke depan mendedahkan rasuah yang berlaku di sekolah-sekolah memandu
dan pemeriksa-pemeriksa mereka, mengulangi kenyataan basinya bahawa
tindakan tidak boleh diambil tanpa bukti.
"Mereka
yang belajar memandu patut membuat aduan kepada kami, memberi maklumat
akan kejadian rasuah dan membantu kami mendedahkan pegawai-pegawai
yang lakukan rasuah," katanya.
Persoalannya, jika mereka
berbuat demikian, sampai bila mereka boleh dapat lesen memandu,
Datuk Emran? Mereka yang enggan memberi suapan akan digagalkan atas
kesilapan yang paling kecil oleh pemeriksa. Apa jaminan kepada mereka
yang akan mendedahkan kesalahan-kesalahan pegawai-pegawai JPJ, tidak
akan dihukum?
Pengerusi
JPJ sewajarnya lebih proaktif lagi daripada hanya menuntut bukti
yang tersedia. Oleh kerana pengerusi JPJ sudah tiada idea, kita
beri cadangan: dapatkan seorang menyamar sebagai pelajar kelas memandu.
Dapatkan kerjasama BPR dan sediakan perangkap pada pemeriksa-pemeriksa
dan sekolah-sekolah memandu. Biarkan undang-undang mengadili mereka
yang bersalah. Terus melakukan ini dan kita jamin JPJ akan dapat
menghapuskan perasuah di sekolah-sekolah memandu dengan pantas.
Seterusnya,
setelah kita pastikan pengguna jalanraya mempunyai kecekapan, kita
mesti pastikan mereka menggunakan kecekapan tersebut. Di sinilah
penguatkuasaan berperanan. JPJ dan polis trafik perlu lakukan itu.
Kita rakyat Malaysia tahu reputasi mereka. Malah, ada antara kita
bersubahat dengan mereka.
Tetapi
ia tidak berguna jika kita suruh orang jangan bayar jika kita tidak
mahu rasuah.
Pegawai-pegawai
JPJ dan polis trafik ini perlu diperangkap dan juga, mereka yang
membayar. Bawakan mereka dan orang awam ke muka keadilan dan tidak
lama nanti amalan ini akan pupus. Bukan kerana kita tidak mempunyai
undang-undang, kita tidak kuatkuasakannya sahaja.
Mengenai
kenderaan: Bilakah kali terakhir seseorang menaiki teksi yang keadaannya
yang cukup memuaskan, atau bas awam di Kuala Lumpur yang tidak memuntahkan
asap tebal atau terhoyong-hayang dengan merbahaya kerana shock absorbers
nya tidak berfungsi lagi?
Seorang
hanya perlu berdiri di tepi jalan dan kira bilangan kenderaan yang
tidak berada dalam keadaan yang baik semakin bertambah. Apa telah
terjadi kepada pihak berkuasa yang kononnya bertanggungjawab terhadap
keadaan kenderaan supaya berada dalam keadaan selamat dan baik?
Lepas
itu, ada sesiapa yang lihat kepada keadaan jalan-jalanraya yang
ada? Di Petaling Jaya, salah satu kawasan bandar yang paling makmur
di Malaysia, jalan-jalanrayanya banyak lubang - perangkap maut.
Berapa ramai penunggang motosikal yang telah terbunuh? Tidak adakah
sesiapa yang memantau keadaan jalanraya ini? Adakah terdapat tanda
awas yang mencukupi di selekoh-selekoh merbahaya, jalan-jalan rosak?
Campur
kesemua ini dan anda dapat campuran yang merbahaya: pemandu yang
tidak cekap yang bayar untuk lulus ujian, keadaan kenderaan yang
tidak patut berada di jalanraya, penguatkuasa yang tidak menguatkuasa,
jalanraya yang sentiasa tidak dibaiki. Adakah itu menghairankan
jika kemalangan maut di negara kita tiga kali ganda di Australia.
Rasuah
bukan sahaja merugikan dari segi wang, tetapi ia juga membunuh dan
mengudungkan manusia. Itu merupakan satu lagi sebab kenapa kita
mesti membunuhnya - sebelum ia membunuh kita.
|