Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 9:06 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Majlis Perbandaran berleluasa
amalan rasuah
Setakat
mana kerajaan negeri bebas daripada kerajaan pusat dan setakat mana
pusat mengawal negeri dan sumber-sumbernya, sumber yang ada selalu
disalah urus? Ini soalan yang sukar dijawab.
Apa-apa
percubaan oleh pusat, menghalang kerajaan negeri boleh ditafsir
sebagai percubaan merampas kuasa dan pengawalan daripada negeri
dan pihak berkuasa tempatan, yang seterusnya akan membawa kepada
penghakisan hak demokratik dan hak istimewa.
Mengambilkira
sikap cuai dan korup, bagaimana banyak negeri yang mengurus sumber
bernilai seperti tanah, hutan dan air, terdapat kes yang kukuh bagi
campurtangan yang lebih oleh kerajaan pusat, atau sekurang-kurangnya
mengenakan peraturan-peraturan agar sukar bagi kerajaan negeri mengenepikan
kepentingan masyarakat.
Mustahil
tetapi benar, sebahagian daripada penyelesaiannya melibatkan liberalisasi,
dengan memberdayakan majlis tempatan. Ini melibatkan, kembalikan
semula pilihan raya majlis tempatan supaya penduduk akan memilih
mereka atau mengeluarkan daripada majlis mana-mana ahli, mengikut
prestasi dari segi melindungi kepentingan penduduk dan mengambil
berat keperluan setempat.
Perlembagaan
memberi kuasa mengawal beberapa sumber utama negeri, seperti tanah
dan air. Adakah patut perlembagaan dipinda dengan memberi kuasa
tersebut kepada kerajaan pusat?
Kesucian
perlembagaan sudah tolak tepi, ia telah dipinda lebih 100 kali semenjak
pertama kali ia diterimapakai. Ia menimbulkan isu lain samada ia
akan memberi kuasa kepada kerajaan pusat mengawal kerajaan negeri.
Penyelesaiannya
tidak semudah yang difikirkan. Jika perkara berkaitan tanah tidak
diurus dengan baik oleh pihak berkuasa negeri, mungkin perlu ada
prosidur menjaga kepentingan rakyat, dengan menetapkan cara bagaimana
negeri mengurus hal berkaitan tanah.
Sebagai contoh, jika sesebuah
kawasan ditanda sebagai hutan simpan, proses membatalkannya sebagai
kawasan yang dilindungi, mesti dibuat sesukar yang boleh dan dikenakan
pemeriksaan keras.
Prosidur
semasa, di mana keputusan oleh exco negeri sudah cukup bagi memindahkan
tanah di kawasan yang dilindungi kepada pemaju tanpa pertanggungjawaban
kepada rakyat, sungguh mudah.
Undang-undang
mesti dibuat khusus bagi melindungi hutan simpan selepas ia ditandakan.
Ini mesti kekal sehingga ia hampir mustahil ditukarkan statusnya
untuk kegunaan lain.
Jika
tidak, segala yang ada akan jatuh ketangan pemaju dan dari situ
kepada mereka yang mampu membeli daripada projek tersebut.
Jika
campurtangan pusat akan memberi piawaian yang selaras dan sama dalam
hal tanah, terutama yang berkait dengan penggunaan tanah, itu lebih
sesuai daripada membiarkan negeri sewenang-wenang merompak sumber
bernilai negeri, yang sering bagi manfaat segelintir yang korup.
Percubaan
oleh kerajaan pusat mengambilalih dan mengurus sumber air negeri-negeri
ialah langkah ke arah yang betul.
Lebih
baik bagi negeri yang kecil seperti Malaysia, terutama semenanjung
Malaysia, bagi negeri-negeri berkongsi sumber asli antara satu sama
lain, dipantau oleh kerajaan yang disokong oleh majoriti rakyat.
Ia
amat menarik, melihat bagaimana kerajaan pusat mengurus ambilalih
sumber air daripada negeri-negeri. Sehingga ini, nampaknya sumber
air sah dalam tangan kerajaan negeri.
Kembali
kepada isu tanah, perbalahan sedang berlaku melibatkan pemaju, majlis
tempatan dan penduduk. Penduduk menentang penggunaan sekeping tanah
bagi pembangunan, yang sepatutnya diperuntukan bagi tujuan rekreasi.
Pemaju
yang bersekongkol dengan majlis tempatan mahu meletakkan sesuatu
kerana itu akan memberi keuntungan kepada mereka. Tetapi penduduk
di situ yang membeli rumah di situ kerana kawasan lapang yang berhampiran,
memang patut membantah penggunaan kawasan tersebut untuk tujuan
lain.
Walaupun
kawasan lapang yang telah ditandakan untuk tujuan rekreasi tidak
menjaminkan ia bebas dari pembangunan - pelbagai cara telah difikirkan
untuk mendapatkan tanah tersebut. Di Petaling Jaya, contohnya, padang
permainan terbuka yang semua orang dapat akses ditukar menjadi stadium
hoki Astroturf yang mana tiada siapa mahu dan tidak ramai boleh
menggunakannya. Bayangkan, sebuah stadium dalam kawasan perumahan
- apa macam perancangankah itu?
Taman
permainan kanak-kanak dan dewan orang ramai berdekatan dengan padang
permainan bertukar menjadi perpustakaan gergasi bertingkat. Impak
kepada penduduk taman begitu teruk - mereka kehilangan padang permainan,
taman permainan kanak-kanak dan dewan orang ramai, sebagai ganti
mendapat stadium gergasi dan perpustakaan.
Ini
menimbulkan persoalan; bagaimana cara membuatkan majlis tempatan
lebih bertanggungjawab. Salah satu cara ialah dengan menyerahkan
mereka kepada BPR, tetapi setakat ini kecekapan agensi tersebut
masih dipersoalkan. Cara lain mungkin mengembalikan pilihan raya
majlis tempatan.
Akhinya,
lebih kawalan dari pusat melalui pemantauan yang bersesuian dan
penguatkuasaan adalah caranya. Mungkin lebih utama, melalui contoh
teladan jawapan kepada permasalahan ini.
|