Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:24 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Siapa
Boss? BPR atau menteri-menteri
Nampaknya
ada juga menteri-menteri yang keliru dengan peranan yang dimainkan
oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), jika baru-baru ini Menteri Pembangunan
Usahawan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, meletup dan marah kepada
pengarah penguatkuasa BPR Datuk Nordin Ismail, itu salah satu petunjuknya.
Mengungkap
kata-katanya tidak lama dulu: mengulas sebagai "rubbish"
(sampah/merepek) dakwaan Nordin bahawa dia hanya bertanggungjawab
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana
BPR di bawah Jabatan Perdana Menteri. Kata Nazri, "Saya kena
ajar dia yang ahli-ahli politik tidak dipanggil tuan-tuan politik
dan dia kakitangan kerajaan tanpa sebab." Nazri kata, Nordin
tidak faham bahawa akhirnya, malah Perdana Menteri juga bertanggungjawba
kepada kabinet seperti menteri-menteri lain.
Laporan
tersebut mengungkap Nazri: "Jadi jangan tunjuk BPR itu penting
sangat. Nordin hanya kakitangan kerajaan dan dia bukan ahli politik
dan kami sebagai ahli politik, telah dipilih oleh rakyat dan kami
bukan kakitangan kerajaan."
Itu
kenyataan yang agak keras. Nazri meletup disebabkan dicucuk oleh
wartawan dengan laporan Nordin yang memberi maksud bahawa dia akan
keluarkan waran tangkap ke atas sesiapa jua, termasuk menteri, jika
mereka enggan bekerjasama dalam siasatan oleh BPR.
Nazri
merasakan ugutan itu tidak sepatutnya berlaku kerana dia tidak pernah
berkata tidak mahu bekerjasama dengan BPR, sebaliknya mendakwa yang
BPR mengambil masa yang lama menyiasat dakwaan bahawa 6,000 permit
teksi dikeluarkan kepada satu orang.
Tetapi
adakah dia terlajak dalam reaksinya ?
Akta
Anti Rasuah 1997, yang memberi kuasa kepada BPR, dengan jelas menyatakan
siapa yang melantik pengarah BPR. Bawah seksyen 3(2), perlantikan
dibuat oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri. Ini bermakna BPR
melaporkan kepada Perdana Menteri. Carta organisasi BPR di laman
web, menunjukkan ia di bawah Jaatan Perdana Menteri.
Hujah
Nazri bahawa kabinet ialah kuasa tertinggi, agak berbelit-belit
dan berpegang kepada kabinet membuat keputusan secara kolektif dan
Perdana Menteri berunding dengan kabinet atas keputusan yang dibuat.
Menggunakan
penghujahan yang berpusing-pusing itu, kita boleh kata bahawa kuasa
Nazri sebagai ahli politik datang dari undi yang rakyat beri kepada
parti. Seperti Perdana Menteri. Dia juga bertanggungjawab kepada
rakyat.
Sebenarnya,
Perdana Menteri macam tiada masalah menyatakan yang dia hamba rakyat
nombor satu, sungguhpun agak sukar diputuskan samada ia bertujuan
menyindir Nazri yang mengatakan dirinya sebagai tuan politik dan
Nordin sebagai kakitangan kerajaan.
Dalam
ucapannya di Parlimen setelah dilantik sebagai Perdana Menteri,
dia memanggil dirinya sebagai hamba Allah.
Tidak
dikhuatiri bahawa kuasa BPR untuk memanggil sesiapa bagi membantu
siasatan.
Seksyen
22(1)(a) akta tersebut mengatakan seorang pegawai BPR yang menyiasat
satu kesalahan "boleh mengarah mana-mana individu untuk hadir
bagi tujuan diperiksa secara lisan dalam perkara yang berkait, pada
pendapatnya membantu siasatan kesalahan." Ia menjadi satu kesalahan
jika tidak mematuhinya. Undang-undang tidak memberi pengecualian
kepada sesiapa, termasuk menteri.
Jika
Nordin, bertindak dengan tidak berhemah, tetapi sebenarnya hanya
menyatakan kuasanya bawah akta yang ada dan itu tidak boleh dipertikaikan
lagi kerana dia adalah seorang pegawai penyiasat, walaupun ada yang
tidak suka cara dia menggunakan kuasanya.
Ada lagi,
mengenai harta yang dimiliki secara tidak sah. Dalam laporan suratkhabar,
Nazri telah berkata: "Saya tidak perlu isytihar harta saya
kepada seorang pegawai rendah seperti dia. Dia tiada hak bercakap
tentang harta saya. Untuk pengetahuannya, saya seorang businessmen
dan seorang peguam dan sudah pun ada harta pada masa itu sebelum
terlibat dalam politik. Kenapa dia nak sibuk pasal harta sayaDia
sudah prejudis terhadap saya dan sebab itu saya ingin bawa perkara
ini kepada kabinet supaya dia dikeluarkan dari pasukan yang menyiasat."
Walau
bagaimanapun, undang-undang mungkin berbeza daripada apa yang Nazri
terangkan. Menurut laman web BPR: "Satu lagi peruntukan undang-undang
(Akta Anti Rasuah 1997) ialah ia memerlukan suspek membuat pendakwaraya
berpuashati dengan kesahihan harta mereka yang berlebihan, jika
gagal dia diandaikan telah mendapatnya secara tidak sah dan harta
tersebut boleh dirampas."
Akta
itu seolah membuatkan rakyat mesti berupaya menyatakan sumber harta
yang dimiliki.
Akhir
sekali, jika Nordin dipindahkan daripada siasatan akibat daripada
pembentangan Nazri dalam kabinet, ia akan menghapuskan segala harapan
yang BPR akan bebas menyiasat penyelewengan kerana awal-awal sudah
berhadapan dengan tentangan, bagi memerangi rasuah di semua peringkat.
Sudah
tentu Nazri tidak berharap Perdana Menteri akan berbuat demikian
kerana BPR melaporkan kepadanya
|