Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:25 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Malaysia:
Indeks rasuah semakin tinggi
Indeks
Persepsi Rasuah (CPI) terkini dari Transparency International (TI)
sekali lagi menunjukkan Malaysia menghadapi masalah dalam mengurus
persepsi umum tentang rasuah di Malaysia.
CPI
Malaysia menurun daripada 5.0 kepada 4.9 tahun ini, iaitu ditangga
ke 33 sama dengan Trinidad dan Tobago. Sejumlah 102 negara disenaraikan
tahun ini. Malaysia ditangga ke 36 daripada 91 negara pada tahun
lepas.
Indek
tersebut mengukur tahap rasuah yang diandaikan berlaku pada skala
1.0 kepada 10 dengan 1.0 yang tinggi amalan rasuah dan 10 paling
kurang. Dilancarkan pada 1995, indeks ini dikumpul daripada 15 survey
dari sembilan institusi bebas seperti Economist Intelligence Unit,
Political and Economic Risk Consultancy dan World Bank. Warga asing
merupakan majoriti kepada responden kepada kajian tersebut.
Tahun
ini, TI mendapati 70 buah negara - termasuk kebanyakan negara miskin
- mendapat kurang daripada 5.0 daripada 10. Rasuah dianggap berleluasa
di Indonesia, Kenya, Angola, Madagascar, Paraguay, Nigeria dan Bangladesh
(negara-negara yang mendapat kurang daripada 2.0). Negara-negara
yang mendapat lebih daripada 9.0 pada skala, yang dianggap rasuah
sangat rendah, kebanyakannya negara kaya, seperti Finland (No 1),
Denmark (No 2), New Zealand (No 3), Iceland (No 4), Singapore dan
Sweden, sama-sama di kedudukan ke 5.
Indeks
bagi Malaysia menunjukkan warga asing tidak hiraukan sangat usaha
Malaysia mengurangkan tahap rasuah. Tunku Abdul Aziz, Timbalan Presiden
TI Malaysia, memberitahu terdapat dua faktor yang digabungkan untuk
mendapat keputusan.
Satu
faktor ialah kepelbagaian kajiselidik yang digunakan bagi mengembangkan
CPI berbeza dari segi fokus utama. Menurut Abdul Aziz, fokus utama
dan isu-isu rasuah hanya komponen kecil saja daripada soalan soal
selidik. 15 sumber yang digunakan bukan kaji selidik tentang rasuah
secara khusus kerana tiada persamaan dari segi urutan pertanyaan.
Keduanya,
CPI ini berdasarkan data daripada kajiselidik yang dilakukan pada
tahun 2000, 2001 dan 2002 dan ia tidak mencerminkan penemuan kajian
yang dijalankan di Malaysia pada tahun tersebut. Tinggalkan saja
perdebatan, tetapi apa yang lebih utama ialah samada langkah-langkah
rasuah akan terkesan kepada aktiviti ekonomi, khususnya pelaburan
asing.
Menurut
Tim Garland, presiden American Malaysian Chamber of Commerce, isu
rasuah bukan suatu isu yang sering dibangkitkan oleh ahli-ahli.
"Seingat
saya, tiada yang membawa isu (rasuah) ini. Saya tidak nampak ia
menyekat pelaburan," katanya. "Secara amnya, Malaysia
dilihat sebagai tempat yang baik dan sihat untuk melabur."
Kevin
Chew, fellow penyelidik di Malaysian Institute of Economic Research,
bersetuju.
"Kebanyakan
pelabur yang telah berada di sini sebelum ini berasa gembira…Walaupun
mereka terpaksa tinggalkan Malaysia, ia adalah kerana mereka dipaksa
menjadi lebih berdaya saing (kerana peningkatan kos buruh) dan bukan
kerana rasuah," katanya.
Sungguhpun
demikian, bukan hendak mengatakan segala usaha memerangi rasuah
boleh dikurangkan. Tiada yang akan menafikan ketiadaan rasuah akan
memberi kualiti kehidupan yang lebih baik. Seperti TI-Malaysia nyatakan:
"Kami hadapi isu rasuah bukan untuk mengembirakan mereka yang
di Washington, Berlin atau London. Kami perangi rasuah dan menggalakkan
pentadbiran cekap kerana Malaysia yang bersih dari segi etikanya
akan bermanfaat kepada semua rakyatnya, dan memudahkan pembangunan
manusia lestari.
|