Seruan
Keadilan Online - Wednesday, March 24, 2004 8:27 PM
LAPORAN
KHAS: RASUAH DAN KESANNYA PADA RAKYAT
Segala
di Malaysia berdasarkan rasuah
Suatu
yang aneh - tidak kurang menteri kabinet mengatakan rasuah salah
satu punca ramainya pekerja asing (haram) di negara ini. Sebab lain
ialah kurangnya penguatkuasaan, yang boleh dikaitkan pada yang pertama.
Tetapi,
bagi reaksi spontan, sudah dapat dijangka: 'tunjukkan kami bukti',
dia diberitahu. 'Saya ada bukti', jawapan yang mungkin tidak disangka
dan ia akan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Dalam
satu babak, seorang timbalan menteri pusat menuduh permasalahan
timbul disebabkan banyaknya penempatan haram atas tanah milik negeri.
Setelah timbul bantahan daripada beberapa pihak berkuasa tempatan,
menteri tersebut terpaksa menjelaskan kenyataannya kepada media
akan kenyataan awalnya.
Jadi,
selepas bertahun-tahun kebanjiran pekerja haram dari luar, kita
diberitahu oleh sumber yang sah, yang rasuah, dan kurang penguatkuasaan
bertanggungjawab atas kedua-dua kemasukan yang tidak sah dan selepas
itu membina penempatan haram, lengkap dengan air dan bekalan letrik.
Sungguhpun
ia suatu 'penemuan' yang agak terlewat, namun ia satu langkah ke
depan. Ia sudah tentu membuatkan kita tertanya-tanya: Apakah masalah-masalah
yang boleh dikesan puncanya kepada rasuah?
Pembalakan haram mungkin,
bagaimana dengan membatalkan hutan simpan yang telah diwartakan,
bangunan yang tidak terancang, penyerahan kontrak, kelulusan bagi
perumahan, lessen perniagaan dan lain-lain kegunaan, mencuri letrik/air,
suap polis trafik - senarai ini tidak akan berhenti.
Pada
18 Februari 2002, satu kenyataan basi mengatakan rasuah ada di mana-mana
- memang betul, tetapi kadar kewujudannya yang lebih penting, dan
tugas sekarang ialah membuatkannya sifar. Adakah jabatan-jabatan
kerajaan dan penguatkuasa kebanyakannya bukan perasuah? Jika ya
mereka bukan perasuah, bagaimana kita terangkan bilangan besar pekerja
asing yang masuk secara haram?
Bagaimana
kita menerangkan keadaan membatalkan hutan simpan yang diwartakan,
pembinaan bangunan di tempat-tempat pelik, penempatan haram dengan
bekalan air dan letrik, dan persepsi umum bahawa ada rasuah - dalam
dan luar kerajaan?
Sampai
masanya kita berhenti bermain sembunyi-sembunyi. Rasuah wujud dan
ia amat ketara dan jangan mengambil negara-negara yang paling korup
di dunia sebagai kayu ukur. Sudah tentu kita citakan yang lebih
baik daripada itu dan ingin menjadi yang paling tidak korup seperti
Switzerland, atau negara jiran Singapura.
Adakah kita pernah bertanya
diri sendiri, jika kita berjaya mengurangkan rasuah, jurang pembangunan
antara kita dan Singapura tidak akan selebar kini. Adakah kita terus
menipu diri sendiri yang rasuah adalah kejahatan yang perlu bagi
melicinkan industri dan peniagaan dan sebagai alat merapatkan perbezaan
pendapatan?
Ia
patut menjadi jelas, seorang yang suap untuk sesuatu bantuan dan
mendapat habuan yang lebih daripada yang menerima suapan- dengan
menggunakan duit rakyat kerana rasuah menaikkan kos semua benda
dan selalu menjadi sebab kepada keadaan yang kacau-bilau (terlalu
ramai pekerja asing, perancangan yang teruk, memusnahkan hutan simpan,
kesesakan, kesesakan lalulintas) dan huru-hara dalam negara.
Rasuah
menyumbang kepada jurang pendapatan dan perbezaan kerana hanya mereka
yang sanggup menyuap kakitangan kerajaan akan mendapat kontrak,
perjanjian perniagaan, pertukaran status tanah dan lain-lain yang
menguntungkan. Dan mereka buat banyak duit daripada mereka yang
disuap.
Mengapakah
ianya sukar disedari?
Mendesak
diberikan bukti setiap kali bercakap tentang rasuah penyakit sosial
tidak akan merubah apa-apa dan ia bertujuan menidakkan masalah yang
serius. Lihatlah sekeliling. Sudah cukup manifestasinya yang menunjukkan
kewujudan rasuah dan ketidak cekapannya. Jika sesuatu kontrak itu
terlalu mahal, atau jika kemudahan yang tidak diperlukan diwujudkan,
ia sudah cukup untuk menimbulkan rasa syak-dan penyiasatan.
Dan
ada cara yang mudah untuk mendakwa pesalah yang disyaki-selidik
asset mereka dan minta mereka jelaskan dari mana sumber yang diperolehi.
Jika ketua setiausaha membawa Mercedes S Class, dia tidak akan dapat
terangkan mana sumbernya. Jika pengarah tinggal dalam rumah yang
kosnya berjuta ringgit, di mana dia mendapat duit sebegitu banyak
untuk membeli rumah tersebut? Jika ketua menteri ada berjuta-juta
ringgit tunai dalam beg, di mana dia dapat?
Masa
untuk jawapan-jawapan basi dan penyelesaian kepada isu rasuah tidak
akan berakhir. Inilah masa untuk bertindak.
Hari
ini kita menyalahkan rasuah sebagai penyebab utama bagi salah satu
masalah sosial yang serius - kehadiran seramai lebih satu juta pekerja
haram atau satu persepuluh daripada tenaga pekerja negara ini. Esok
apa pula akan kita salahkan kepada rasuah ?
Alangkah
baik jika kita tidak menuduh rasuah sebagai penyebab kepada mana-mana
masalah besar negara?
|